42 Plot Tanah Itu Milik Persendirian, Bukan Milik DBKL

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini menafikan dakwaan Ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai berkaitan penjualan 42 plot tanah yang didakwa milik DBKL kepada pihak swasta untuk dibangunkan sebagai projek perumahan, campuran komersial dan sebagainya.

DBKL dalam satu kenyataan turut menafikan dakwaan 42 plot tanah itu telah terjual dalam tempoh lapan bulan Tan Sri Annuar Musa memegang portfolio Menteri Wilayah Persekutuan, seperti yang dilaporkan sebuah portal berita dalam talian semalam.

“DBKL ingin menegaskan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali. Mengikut semakan, terdapat 42 plot tanah di Kuala Lumpur milik persendirian yang memohon proses perubahan kepada zon guna tanah, kepadatan penduduk dan nisbah plot terhadap Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 (PBRKL2020).

“Akta Perancangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1982, (Akta 267), memberi peruntukan kepada pemilik tanah bagi merubah zon guna tanah, kepadatan penduduk dan nisbah plot dalam Pelan Tempatan (PBRKL2020) yang diwartakan. Peruntukan ini adalah selaras dengan peruntukan Seksyen 17, Akta 267,” menurut kenyataan itu.

Menurut DBKL, daripada 42 plot itu, tiga permohonan perubahan telah diwartakan, enam dalam proses pewartaan manakala 33 plot masih dalam pertimbangan dan semua proses mengikut peruntukan yang termaktub dalam akta sedia ada.

Dalam pada itu, DBKL juga memaklumkan transaksi pelupusan tanah berkaitan 97 transaksi penjualan tanah DBKL, berlaku sebelum 2020, tidak melibatkan keputusan Menteri Wilayah Persekutuan, sekarang.

Sebuah portal berita dalam talian semalam melaporkan dakwaan Tan bahawa sepanjang tempoh Annuar memegang jawatan itu, banyak tanah milik DBKL yang dijual kepada pihak swasta untuk dimajukan melibatkan projek perumahan dan campuran komersial. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat