#PRNSabah: Tidak Wajar Shafie Kelirukan Rakyat Dalam Hal Keselamatan

- Advertisement -

EDITORIAL

Saranan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal supaya ditempatkan 1 batalion tentera jika kerajaan tidak mahu mengadakan rundingan dengan Filipina sangat merbahaya dan membingungkan.

Menurut lidah Warisan, BorneoToday, Shafie berkata “Kalau tidak mahu runding tidak apa, hantar satu batalion ke Sabah seperti dijanjikan.”

Apakah maksud Shafie jika kerajaan tidak mampu sediakan 1 batalion tentera di Lahad Datu, maka pintu rundingan dengan Filipina wajar dibuka.  Shafie seolah-olah mahu kerajaan membuka pintu rundingan dengan Filipina berkenaan tuntutan negara tersebut ke atas Sabah.

Mengapa Shafie begitu bersungguh mahukan ada perundingan dengan Filipina?

Ada dua strategi Shafie dalam kenyataan tersebut.

Pertamanya, ada kemungkinan beliau mahu menarik sokongan pengundi yang mempunyai susur galur Filipina kepada Warisan. Kumpulan ini ramai di pantai Timur Sabah dan beberapa kawasan lain.

Dengan menimbulkan isu ini ketika PRN ia memberi gambaran Shafie lebih pro kepada saudara dan rakan-rakan etnik yang bersusur galur Filipinan tetapi tidak mempunyai kerakyatan negara ini.

Kedua, tampak Shafie cuba memberitahu pengundi Sabah bahawa kerajaan tidak berbuat sesuatu bagi menjaga keselamatan sempadan negara di Sabah.

Ini adalah satu kenyataan yang sangat mengelirukan kerana Sabah merupakan negeri yang mendapat penempatan pasukan paling tinggi.

Jumlah anggota keselamatan dan aset yang mengawal pantai Timur Sabah pada masa kini jauh lebih besar dari kemampuan 1 batalion tentera yang mengandungi 700-1000 anggota.

Di daerah Lahad Datu, Semporna dan Tawau sahaja pada masa ini terdapat lebih Terdapat lebih 4,000 anggota tentera.

Di Tawau sahaja terdapat Batalion 26 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Batalion ke- 7 RAMD, Batalion ke-8 Rejimen Sempadan (8RS). Selain itu Tawau turut menempatkan Markas Angkatan Tugas Bersama (ATB) 2 yang merupakan penggabungan Tentera Darat, Laut dan Udara.

Sebuah kapal TLDM – KD SRI TAWAU turut ditempatkan bagi membantu operasi pengawasan kesellamatan perairan negara di pantai timur Sabah.

Di Lahad Datu pula terdapat Briged ke 13 sejak 2013/2014. Dalam Briged ini terdapat dua batalion tentera yang ditugaskan untuk Operasi Persisir Pantai.

Di Sandakan pula kerajaan menempatkan Batalion ke-22 RAMD (Tentera Darat) dan Markas Wilayah Laut 2 (TLDM)

Sementara di Semporna, terdapat Pengkalan TLDM yang menempatkan kapal TLDM Seri Semporna dan unit ke-2 Paskal (Paskan Khas Tentera Laut).

Dalam masa pihak ATM dan PDRM menempatkan trup keselamatan di kesemua pulau-pulau yang berpenghuni dan mempunyai resort di Pantai Timur demi menjamin keselamatan industri pelacangon sot Pulau Sipadan, Mabul,Kapalai, Pom Pom, Mataking dan puluhan lagi sejak berdekad lalu.

Sabah juga mempunyai kemampuan pesawat pejuang yang berupaya melindungi perairan pantai timur dan seluruh Sabah yang berpangkalan di Labuan. MAWILUD 2 di Labuan menempatan pesawat Hawk yang berupaya terbang keseluruhan Sabah termasuk ruang udara maritim

Selain aset ketenteraan kerajaan turut menempatkan 4 batalion Pasukan Gerakan Am PDRMdi seluruh Sabah.

Di Sandakan, Semporna dan Tawau juga turut ditempatkan markas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APPM). Selain pantai timur markas APPM juga turut ditempatkan di Kota Kinabalu dan Kudat.

Realitinya Sabah antara negeri yang menerima aset keselamatan terbesar namun Shafie memilih untuk mengelirukan rakyat dengan isu satu batalion tentera seolah-olah kerajaan Persekutuan mengabaikan Sabah.

Politik tidak seharusnya sehingga menggadai maruah dan kepentingan negara apatah lagi mengelirukan rakyat kononnya kerajaan Persekutuan tidak mempedulikan keselamatan rakyat Sabah.

Shafie mungkin gembira mewujudkan perasaan marah dan benci rakyat Sabah kepada Persekutuan demi keuntungan politik singkat dan peribadi.

Namun pembinaan negara bangsa (build one nation) seperti yang diuar-uarkan oleh Shafie tidak seharusnya bersandarkan adu-domba dan politik kebencian.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat