Tiada Kompromi Terhadap Ekstremis – Muhyiddin

- Advertisement -

CYBERJAYA: Tidak perlu mengambil pendekatan yang ekstrem atau melampau dalam usaha membela dan mempertahankan kesucian agama Islam, kata Perdana Menteri Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

Perdana Menteri berkata, tindakan tersebut perlu dielakkan agar tidak berlaku sebarang isu yang akan menimbulkan keresahan dalam masyarakat majmuk di negara ini.

“Kita mesti ingat bahawa Malaysia adalah sebuah negara majmuk yang sentiasa mementingkan kesederhanaan dan keharmonian dalam hubungan kaum dan agama.

“Justeru, kerajaan tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk amalan ekstremisme yang boleh menggugat keharmonian kaum, ketenteraman awam dan keselamatan negara,” katanya ketika berucap dalam perjumpaan khas bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) di Putrajaya hari ini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary dan Yang DiPertua Yadim, Nasrudin Hassan.

Katanya, tindakan undang-undang akan diambil terhadap pihak yang menyebarkan amalan dan fahaman ekstremisme tanpa mengira agama.

“Dalam usaha kita untuk membela kedudukan Islam dan memelihara kemurnian akidah umat Islam, pendekatan yang kita ambil mestilah berteraskan prinsip hikmah dan nasihat yang baik,” ujarnya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat