Khazanah Nasional sedia RM1 bilion untuk syarikat berpertumbuhan tinggi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Khazanah Nasional akan melancarkan ‘National Fund-of Funds’ dengan peruntukan awal RM1 bilion untuk melabur dalam syarikat berinovatif dan berpertumbuhan tinggi kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri kewangan berkata inisiatif itu seiring komitmen kerajaan meningkatkan syarikat tempatan digariskan pada Belanjawan 2024, terutama membabitkan usahawan Bumiputera, syarikat baharu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Dalam hal ini, saya berbesar hati untuk berkongsi bahawa Khazanah Nasional akan melancarkan “National Fund-ofFunds” dengan peruntukan awal RM1 bilion untuk melabur dalam syarikat Malaysia berpertumbuhan tinggi yang inovatif,” katanya ketika merasmikan Sidang Kemuncak KL20 2024 yang bermula hari ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, pada Isnin.

Anwar turut mengumumkan beberapa pelaburan dalam usaha merancakkan lagi industri syarikat pemula di Malaysia.

Katanya, ini termasuk pelaburan berjumlah RM3 bilion dalam ekosistem Asia Tenggara dan Malaysia di bawah Inisiatif Pelaburan ASEAN meliputi Khazanah, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan), dan Blue Chip Venture Capital.

Sidang Kemuncak KL20 2024, yang diterajui oleh Kementerian Ekonomi, bakal merangsang semula kedudukan Malaysia sebagai hab terkemuka untuk pemula dan pemodal teroka, serta mengangkat Kuala Lumpur ke dalam senarai 20 hab pemula terbaik global menjelang 2030.

Lebih 3,000 peserta terdiri daripada pelabur antarabangsa dan syarikat-syarikat pemula niaga dijangka menghadiri acara tersebut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat