MB Kedah, Exco Sah Negatif Covid-19

- Advertisement -

CYBERJAYA: 56 individu termasuk Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor disahkan negatif Covid-19 selepas keputusan ujian saringan diketahui hari ini.

Sampel ujian saringan Covid-19 mereka diambil semalam.

Pejabat Menteri Besar dalam kenyataan berkata, perkara itu disahkan oleh Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Mohd Fikri Ujang hari ini.

Katanya, tiga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) iaitu Exco Kesihatan, Datuk Dr Mohd Hayati Othman, Exco Agama, Datuk Mohd Najmi Ahmad dan Exco Penerangan, Romani Wan Salim juga disahkan negatif.

“Selain itu, turut menjalani ujian berkenaan ialah pegawai Pejabat Menteri Besar Kedah dan sebilangan pimpinan Pas Kedah yang menghadiri program penyerahan sumbangan PAS Kedah kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Kota Setar di Wisma Darul Aman, Isnin lalu.

“Bagaimanapun, sebagai langkah penjagaan diri, Dr Mohd Fikri mengingatkan semua individu termasuk yang tinggal di luar kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) terutama memakai pelitup muka, mencuci tangan dan mengamalkan penjarakan sosial,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, seorang jurugambar Jabatan Penerangan Negeri Kedah yang menghadiri program penyerahan sumbangan bantuan di Wisma Darul Aman pada Isnin lalu, disahkan positif Covid-19.

Program itu turut dihadiri Muhammad Sanusi, tiga Exco, pegawai kerajaan, pimpinan Pas negeri dan petugas media menyebabkan mereka semua diarah menjalani ujian saringan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat