Pembangkang Tak Terima Jemputan Istana Negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Blok pembangkang tidak menerima jemputan menghadap Yang di-Pertuan Agong seperti mana kumpulan 114 ahli Parlimen yang menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri.

Perkara itu disahkan oleh Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming.

Kata beliau, pembangkang tidak menerima jemputan ke Istana Negara hari ini selepas tamatnya proses membabitkan ahli Parlimen bagi menyatakan calon Perdana Menteri pilihan mereka kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Jika ada yang tertanya-tanya, tidak, saya dan rakan-rakan (dalam pembangkang) tidak mendapat sebarang jemputan untuk ke istana hari ini,” katanya menerusi ciapan di Twitter miliknya hari ini.

Malam tadi, parti-parti kerajaan Perikatan Nasional (PN) termasuk parti sahabat yang menyokong Ismail Sabri mendedahkan mereka diundang ke Istana Negara.

Ia susulan Naib Presiden UMNO itu dikatakan mendapat sokongan majoriti seramai 114 ahli Parlimen, berbanding Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hanya disokong 105 ahli parlimen.

Satu-satunya ahli Parlimen yang dipercayai tidak menyokong mana-mana calon adalah Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Difahamkan Agong telah memanggil pihak “menang” ke Istana Negara hari ini untuk mengesahkan sokongan ahli Parlimen kepada Ismail Sabri.

Agong dijangka mengadakan siri pertemuan dengan 114 ahli Parlimen yang menyokong Ismail Sabri dengan giliran pertemuan dibuat mengikut parti.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat