Ismail Sabri PM, Anwar TPM bentuk Kabinet Perang,” cadang Kit Siang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pembentukan ‘Kabinet Perang’ sewajarnya digagaskan oleh dua nama yang dihantar sebagai calon Perdana Menteri, cadang Lim Kit Siang.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, sekiranya hanya ada dua nama untuk jawatan Perdana Menteri, seorang boleh dilantik sebagai Perdana Menteri dan seorang lagi sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk membentuk ‘Kabinet Perang’ yang melibatkan semua kuasa politik di Parlimen untuk memenangi perang melawan penularan wabak Covid-19 sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam masa 18 bulan.

Kit Siang yang juga veteran DAP itu menjelaskan, ‘Kabinet Perang’ tersebut perlulah mencerminkan perpaduan Parlimen untuk mengubah nasib negara kita yang sedang kalah selama 20 bulan dengan wabak Covid-19.

Ujar beliau ‘Kabinet Perang’ itu mesti membawa dasar-dasar dan strategi baharu untuk mengawal wabak ini dan mengembalikan harapan, keyakinan, dan kepercayaan rakyat kepada satu pendekatan yang melibatkan keseluruhan masyarakat.

“Sekarang adalah antara masa yang paling kelam dalam sejarah negara. Kita perlu menghentikan pendarahan negara kita ini dan mencari penyelesaiannya — dan sebuah ‘Kabinet Perang’ dan ‘Parlimen Perang’ adalah salah satu penyelesaian kepada masalah seperti ini.

“‘Parlimen Perang’ ini perlulah membentuk perpaduan negara untuk memerangi wabak COVID-19 dengan Ahli-ahli Parlimen memainkan peranan di dalam pelbagai Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen, bukan sahaja untuk memerangi Covid-19, tetapi juga untuk menyediakan negara kita untuk pemulihan ekonomi dan kehidupan untuk memenuhi aspirasi Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman, di mana Malaysia menjadi satu sinar cahaya dalam dunia yang kelam dan terganggu,” kata beliau di blognya pada Khamis.

Kit Siang menegaskan, ‘Kabinet Perang’ dan ‘Parlimen Perang’ ini perlulah dibentuk di atas batu asas Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara dan sistem monarki berperlembagaan yang berteraskan demokrasi berparlimen, doktrin pemisahan kuasa, kedaulatan undang-undang, tadbir urus yang baik, dan penghormatan kepada hak asasi manusia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat