Tindakan MCA protes pengumuman calon BN, tunjukkan MCA sedar diabaikan UMNO

KUALA LUMPUR – Tindakan parti MCA keluar sebagai tanda protes pada pengumuman calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 menunjukkan partiu kini sedar ia tidak lagi dihormati oleh parti dalam BN, UMNO.

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Danish Hairudin berkata UMNO kelihatan terlalu ingin mengejar keuntungan politik jangka pendek menerusi kemungkinan kerjasama dengan PAS sehingga mengabaikan MIC dan MCA.

“Jelas sekali, UMNO terlalu teruja dengan kemungkinan memperoleh keuntungan politik jangka pendek melalui kerjasama dengan Pas sehingga langsung tidak menghiraukan MCA dan MIC.

“Perkara ini turut menimbulkan persoalan sama ada mana-mana kerajaan gabungan yang melibatkan UMNO dan Pas akan mengetepikan suara serta kepentingan golongan minoriti begitu sahaja,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Sebelum ini, laporan media menyatakan MCA tidak akan mengiktiraf mana-mana calon parti itu yang diumumkan BN bagi PRN Melaka tanpa mendapat persetujuan kepimpinan tertinggi.

Menurut Danish, status MCA dan MIC dalam kancah politik negara juga menjadi tanda tanya apabila kedua-dua parti itu secara keseluruhannya hanya mempunyai tiga kerusi di Dewan Rakyat dan tidak memegang sebarang jawatan menteri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat