Jemaah Menteri Mesti Berintegriti, Beramanah Dan Bebas Sebarang Kes Mahkamah, Syarat PN Kepada Ismail Sabri

- Advertisement -

CYBERJAYA: Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, barisan kabinet baharu yang bakal dilantik nanti mestilah terdiri daripada mereka yang berintegriti, beramanah dan bebas daripada sebarang pertuduhan jenayah di mahkamah.

Kata Muhyiddin, ketetapan tersebut adalah syarat sokongan Perikatan Nasional (PN) kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri untuk dicalonkan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.

Tegas Muhyiddin lagi, kerajaan Perikatan Nasinal di bawah pimpinan Ismail Sabri nanti mestilah meneruskan amalan menghormati prinsip pengasingan kuasa, melindungi kebebasan badan kehakiman dan menjunjung konsep Raja Berpelembagaan.

“Parti Perikatan Nasional telah sebulat suara bersetuju untuk mencalonkan mantan Timbalan Perdana Menteri, YB Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob, sebagai calon Perdana Menteri Kerajaan Perikatan Nasional yang baharu.

“Semua 50 Ahli Dewan Rakyat dan parti-parti gabungan PN, iaitu Ahli Dewan Rakyat BERSATU, 18 PAS dan 1 STAR telah menyerahkan Akuan Bersumpah ke Istana Negara pada 18 Ogos 2021 menyatakkan sokongan kepada YB Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri, 4 Ahli Dewan Rakyat bebas Pro-PN juga telah berbuat demikian.

“Saya juga telah berunding dengan pimpinan parti GPS dan PBS yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini untuk mengambil ketetapan yang sama.” Jelas Muhyiddin melalui kenyataan media Perikatan Nasional.

Ujar Muhyiddin yang kini Perdana Menteri ‘Caretaker’ sehingga pelantikan Perdana Menteri baharu diadakan, keputusan memberi sokongan kepada Ismail Sabri dibuat demi menjamin kesinambungan dasar-dasar Kerajaan Perikatan Nasional yang sedang menumpukan kepada usaha memerangi Covid-19 dan memulihkan negara sehingga tiba masa yang sesuai untuk diadakan Pilihan Raya Umum (PRU) bagi mengembalikan mandat kepada rakyat.

“keputusan ini juga bermaka Perikatan Nasional lebih mengutamakan kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat berbanding politik dendam dalam persaingan merebut kuasa. Apabila berhadapan dengan situasi krisis, ahli politik mesti berjiwa besar (magnanimous) demi kepentingan rakyat dan negara,” katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat