Takluk dan Bomba the Movie filem terbitan Multimedia Entertainment bakal ditayangkan tahun ini

- Advertisement -

Sebuah syarikat produksi filem Multimedia Entertainment Sdn Bhd yang telah menerbitkan banyak filem filem aksi dan berbajet besar, kini mengukuhkan lagi kedudukan mereka dalam industri filem negara dengan melancarkan dua trailer filem terbaru di satu majlis sambutan Aidilfitri.

Trailer Filem tersebut adalah ‘Takluk’ arahan sutradara Zulkarnain Azhar dan filem ‘Legasi Bomba The Movie’ arahan James Lee dan Frank See telah dilancarkan oleh Ketua Pengarah Malaysia Checkpoints and Border Agency (MCBA), Datuk Seri Hazani Ghazali; Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad bersama Pengerusi Kumpulan Multimedia, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar dan Pengarah Kumpulan Multimedia, Datuk Steven Lim.

Takluk – Kisah Pengorbanan Pahlawan

Penghasilan filem ‘Takluk’ adalah hasil kerjasama Multimedia Entertainment bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Golden Screen Cinemas (GSC), Astro dan Six Fun Media yang diinspirasikan daripada insiden Lahad Datu dan Ops Daulat. ‘Takluk’ yang dibintangi Syafiq Kyle, Kamal Adli dan Fikry Ibrahim mengisahkan tentang anggota VAT69 dan pegawai IPD yang berjuang demi mempertahankan kedaulatan tanah air daripada serangan kumpulan pengganas GMN di sebuah kampung.

Legasi: Bomba The Movie – Menghargai Pahlawan

Multimedia Entertainment juga turut melancarkan trailer filem kedua iaitu ‘Legasi Bomba The Movie’ yang mengetengahkan kisah perjuangan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Legasi Bomba The Movie diarahkan oleh James Lee dan Frank See, bersama membariskan pelakon terkenal Tanah Air seperti Ben Amir, Nas-T, Henley Hii, Nia Atasha, Ammar Alfian dan Hairie Othman. Filem ini mendapat sokongan dan kerjasama dari pihak JBPM, GSC, Astro dan Six Fun Media.

Kedua dua filem yang bakal ditayangkan pada tahun ini pasti menjadi filem yang dinanti nantikan kerana ianya mengisahkan perjuangan pahlawan pahlawan negara yang sentiasa bersedia dalam mempertahankan tanah air dari apa jua bentuk ancaman yang datang.

Pastinya dua Flem yang bergenre aksi ini mempunyai ramai peminat yang menantikan tayanganya.

Multimedia Entertainment juga telah menubuhkan syarikat di Hong Kong, iaitu Multimedia (HK) Production Limited dan telah menghasilkan dua buah filem yang bakal ditayangkan di Hong Kong dan China. Penubuhan syarikat ini adalah bertujuan mengukuhkan kerjasama strategik antara pasaran tempatan dan antarabangsa. Multimedia menyasarkan untuk menghasilkan lebih banyak lagi filem bertaraf antarabangsa pada masa akan datang.

Majlis Sambutan Aidilfitri Multimedia yang diadakan di Hotel Sheraton Petaling Jaya adalah acara tahunan bagi meraikan lebaran bersama kakitangan syarikat, barisan artis dan pihak media.Turut memeriahkan majlis adalah syarikat yang banyak memberi sokongan dan kerjasama dalam menjayakan beberapa projek perfileman Multimedia Entertainment antaranya PDRM, JBPM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Cuckoo, Kinohimitsu, HONOR, AHB, 100 Plus, Umobile, 7Days dan ArtiqAir, serta rakan kongsi Astro, GSC dan Six Fun Media.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat