Dapatkan PORSCHE DESIGN HONOR Magic6 RSR di HONOR Experience Store Terpilih Pada 5 Mei

- Advertisement -

HONOR menduduki tempat pertama dalam pasaran telefon pintar China pada suku pertama 2024

KUALA LUMPUR, 2 Mei 2024 – PORSCHE DESIGN HONOR Magic6 RSR yang dinanti nantikan akhirnya boleh dibeli di kedai HONOR Experience Store terpilih mulai 5 Mei. Ini termasuk kedai terbaharu di The Exchange TRX yang akan dirasmikan pada Ahad ini.

PORSCHE DESIGN HONOR Magic6 RSR dilancarkan pada Mac lalu dan pada awalnya, pembelian hanya boleh dilakukan menerusi jemputan. Eksklusif ini atas sebab kemewahan abadi peranti, reka bentuk canggih, prestasi unggul dan keupayaan fotografi dinamik, sekaligus mencetuskan bualan hangat ramai. Individu yang berminat perlu mendaftar untuk mendapatkan akses untuk mencuba peranti edisi khas ini.

PORSCHE DESIGN HONOR Magic 6 RSR hadir dengan RAM 24GB dan storan besar 1TB pada harga RM7,499. Ia ditawarkan dalam warna menawan Agate Grey and Frozen Berry. Warna Frozen Berry adalah merah jambu yang terang dan memantulkan menyamai Porsche Taycan, kereta sport elektrik pertama Porsche.

Telefon pintar inovatif ini menampilkan sensor kamera Super Dynamic HONOR Falcon Camera H9800 yang disesuaikan untuk merakam foto dan video menakjubkan walaupun di keadaan pencahayaan yang mencabar. Ia membawa fotografi mudah alih ke tahap baru dengan sensor HDR LOFIC termaju dan Sistem Autofokus Matriks LiDAR yang diilhamkan oleh teknologi pemanduan berautonomi. Hasil foto dari peranti ini dapat menyaingi foto yang diambil dengan kamera gred profesional.

Selain PORSCHE DESIGN HONOR Magic6 RSR, telefon boleh lipat PORSCHE DESIGN HONOR V2 RSR juga boleh didapati di HONOR Experience Store terpilih. Telefon boleh lipat ini didatangi dengan RAM 16GB dan storan 1TB yang dijual pada harga RM10,999.

Menangi hadiah cabutan bertuah bernilai sehingga RM35,000 di HONOR Experience Store, The Exchange TRX

Sementara itu, hadiah cabutan bertuah menarik bernilai sehingga RM35,000 menanti pembeli di HONOR Experience Store di The Exchange TRX pada Ahad ini. Pemenang hadiah utama akan membawa pulang HONOR Magic6 Pro. Hadiah menarik lain termasuk mesin kopi Nescafe, robot pembersih hampagas HONOR dan pembesar suara Bluetooth HONOR.

Pembelian produk melebihi RM1,000 dalam satu resit layak mendapat satu peluang cabutan bertuah. Manakala pembeli HONOR Magic6 Pro dan HONOR Magic V2 akan menerima dua penyertaan cabutan bertuah. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Bukan itu sahaja, hadiah cenderahati turut akan diberikan kepada 200 pelanggan pertama yang mengunjungi kedai tersebut pada Ahad ini. Cenderahati ini diberi berdasarkan siapa cepat dia dapat.

HONOR Menguasai Pasaran Telefon Pintar China Pada Suku Pertama 2024

Dalam laporan terbaharu International Data Corporation (IDC), HONOR berada di tempat teratas pasaran telefon pintar China dengan bahagian pasaran 17.1% pada suku pertama 2024 dan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 13.2%. Huawei mengikuti rapat dengan bahagian pasaran 17%, manakala bahagian pasaran Apple jatuh kepada 15.6%.

Menurut IDC, HONOR menduduki tangga teratas didorong oleh peningkatan tumpuan pada ciri AI serta peningkatan menyeluruh dalam teknologi pengimejan dan skrin. Jumlah penghantaran Siri HONOR Magic6 pada suku pertama jualan melebihi jumlah penghantaran gabungan generasi sebelumnya semasa dua suku pertama jualan.

Gabungkan kedua-dua Siri HONOR Magic6 dan telefon boleh lipat HONOR, jumlah penghantaran jenama ini di pasaran mewah melebihi AS$600 meningkat sebanyak 123.3% untuk tahun ke tahun.

Maklumat lanjut mengenai produk terbaharu HONOR boleh layari https://www.hihonor.com/my/ 


-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat