Polis Ambil Keterangan Ebit Lew

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan telah merakam keterangan pendakwah bebas, Ebit Lew bagi membantu siasatan kes gangguan seksual di Ibu Pejabat Polis Diraja Bukit Aman, hari ini.

Siasatan akan diteruskan sehingga kes tersebut boleh dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapat nasihat dan arahan lanjut.

Sehubungan itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Abdul Jalil Hassan meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan.

“PDRM memohon kepada semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan provokasi bagi memastikan kes ini dapat disiasat dengan telus.

“Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang penyebaran apa-apa jua bahan yang boleh menjejaskan siasatan pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Semalam, media melaporkan seorang pendakwah dipanggil bagi membantu siasatan dipercayai melibatkan kes gangguan seksual.

-ASTRO AWANI

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat