Rakyat Dah Muak Dengan PH Yang Di Dominasi DAP

Sengaja Gelapkan Warna Kulit Watak Utama, Video Muzik Penyanyi Malaysia Dikritik Hingga Peringkat Dunia

Sebelum ini, iklan Watson pernah dilanda kontroversi apabila mengetengahkan watak ‘Dayang Senandung’ dalam iklannya. Terbaharu, video muzik oleh penyanyi Malaysia ini pula mencetuskan kontroversi...

Dari Rock Ke Nasyid, Netizen Terhibur Dengan Lagu PKP 2.0 Oleh AG Coco

Jika tahun lalu ada lagu remix ‘Ke Sana Ke Sini’ yang menjad hiburan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tahun 2021 secara tiba-tiba komposer serta...

Tiada sebarang pembikinan siri Harry Potter

Syarikat produksi terkenal Warner Bros menafikan berita mereka sedang menyiapkan siri Harry Potter untuk disiarkan menerusi penstriman HBO Max. Warner Bros dan HBO Max dalam...

Jisoo BLACKPINK suka bahunya ditepuk-tepuk

Jakarta: Anggota BLACKPINK, Jisoo mengakui saat paling manis ketika bersama anggota lain adalah sewaktu bahunya ditepuk-tepuk terutama, ketika dia bersedih. Baginya, tepukan hangat dibahu itu...

‘Tolong hormati pendirian pelakon bertudung’

KUALA LUMPUR: Luahan hati pelakon remaja, Mia Sara Nasuha yang kecewa terhadap segelintir syarikat produksi yang masih memintanya membuka tudung, sedangkan sudah lima tahun...

 

Oleh: Roslan Shahrir Mohd Shahrir

Politik Malaysia sedang melalui dinamik yang sudah tidak dapat dibendung atau dikawal lagi.

Sejak tragedi Pilihanraya Umum ke 14 lalu yang menyaksikan dominasi ahli-ahli Parlimen bukan Melayu diterajui DAP di dalam kerajaan akibat perpecahan parti-parti Melayu Bumpiutera, rakyat khususnya para pengundi Melayu Islam dan Bumiputera sudah serik dan tidak mahu mengulangi lagi kesilapan mereka itu.

Kegagalan bermuafakat dan menjalin taawun sesama parti-parti Melayu ini telah mengakibatkan negara dikuasai oleh mereka yang mempunyai cita-cita dan agenda perjuangan yang jauh berbeza yang ternyata menghakis kepentingan umat Melayu Islam.

Dinamik ini digerakkan pada peringkat awal selepas PRU 14 dengan penyatuan dua buah parti Melayu Islam terbesar dalam negara iaitu PAS dan Umno sehingga termetrainya Piagam Muafakat Nasional pada bulan September 2019 lalu. Dua parti yang berseteru dan berbalah berdekad-dekad lamanya itu telah dapat disatukan kerana tidak sanggup lagi mengizinkan nasib dan masadepan umat Melayu terkesan dan terganggu akibat kegagalan percaturan politik sesama sendiri.

Kesatuan aqidah dan rumpun bangsa telah menjadi titik asas permuafakatan ini dan kejayaan membinanya telah mendapat sambutan ramai yang sudah tidak sabar-sabar mahu keluar dari belenggu kehidupan di bawah pemerintahan Perikatan Harapan pasca PRU14. Kesatuan ini turut melibatkan BN yang diterajui Umno dan Gagasan Sejahtera yang diterajui PAS.

Kemenangan beberapa siri Pilihanraya Kecil telah megesahkan bahawa muafakat seumpama inilah formula yang ditunggu-tunggu rakyat sehingga mampu mengembalikan maruah agama dan bangsa.

Terbukti DAP dan sekutunya tidak mampu membendung atau berhadapan dengan dinamik ini kerana ianya dicetuskan oleh kesatuan umat Melayu, kesatuan yang jika terus dipupuk dan diberi tenaga akan menghancur luluhkan cita-cita perjuangan parti berkenaan yang beragendakan “Malaysian Malaysia” dan Negara Sekular itu.

Sedang dinamik ini ligat berputar menjana tenaga yang luarbiasa, ditakdirkan Allah swt, roboh pula kerajaan PH dan naik Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri ke 8 yang didukung kuat oleh Muafakat Nasional.

Terbentuklah atas runtuhan kerajaan PH yang mungkir janjinya pada rakyat itu kerajaan baru Perikatan Nasional. Terubatlah kerisauan dan kebimbangan rakyat apabila kerajaan yang dahulunya didominasi DAP dan sekutunya hari ini kecundang hilang kuasa digantikan dengan wakil dari parti-parti Melayu Islam serta sekutunya yang telah berjaya mengembalikan tunggak kuasa ke tangan anak-anak bangsa.

Tidak syak lagi formula MN ini cukup relevan dan ianya mampu melangkah lebih jauh lagi kiranya terus diperkasakan. Banyak kajian menyatakan bahawa kiranya MN ini kekal ia bakal mencatat pencapaian yang lebih baik dalam PRU ke 15 nanti kerana kuasa politik Melayu sudah bersatu dan tidak lagi berpecah, tiada lagi pertandingan pelbagai penjuru seperti lampau.

Sebaliknya PRU ke 15 akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu.

Dan kini terbaru PPBM atau parti Bersatu yang diketuai PM Tan Sri Muhyiddin pula menyatakan keinginan untuk menyertai dan menjadi komponan MN. Penyertaan Bersatu ini akan membesarkan lagi keluarga MN dan sudah pasti menjanjikan masa depan yang lebih baik buat ummah dan negara kiranya ia dapat diurus dengan bijak.

Jika kedua-dua pihak PAS dan Umno mengakui bahawa cita-cita perjuangan MN adalah untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara, menghalang DAP dan sekutunya dari kembali berkuasa, maka inisiatif yang baik ini wajar dikongsi dan dibuka kepada mana-mana pihak yang jujur dan mahu bersamanya.

Jika Bersatu bersedia menjunjung piagam yang sama, berkongsi cita-cita yang sama dan memperakui sanggup mengikat diri dengan “tali Allah” tidak ada sebab mereka tidak dapat diterima malah kepimpinan tertinggi PAS dan Umno masing-masing telah pun memberikan persetujuan secara prinsip dan berlapang dada dalam hal ini.

Dalam kesungguhan kita mahu membina kuasa politik Melayu yang utuh, yang membela nasib dan kebajikan rakyat, yang memelihara keamanan dan kestabilan negara serta mampu merancang kesejahateraan buat semua kita perlu pastikan permuafakatan kita ini sempurna kemas dan bertenaga tidak senget tidak longgar dan tidak mudah diambil kesempatan oleh musuh.

Lalu perundingan dan perbincangan yang matang dan bijak perlu dicetuskan oleh pimpinan, berbincanglah secara baik, tolak-ansur dan sikap berjiwa besar sangat dituntut, ianya kita akui bukan satu tugas yang mudah tetapi ianya tidak mustahil kiranya semua pihak jujur dan mengutamakan masadepan ummah.

Jangan dibahas atau dibesar-besarkan perbezaan dan sejarah yang lampau, ianya hanya akan membuka luka lama, merugikan dan bakal menggagalkan ikhtiar ini, akhirnya tidak kemana kita dan kaduk kembali naik junjung manakala kita semua menyesal tak sudah.

Kita harus menyusun langkah dengan berani memandang ke hadapan, ambil iktibar dari kegagalan yang lampau, dan bertekad bersama bahawa Malaysia akan kekal makmur di bawah teraju kita bersama.

PAS dan Umno yang berbalah dan bertelagah puluhan tahun pun boleh mengenepikan perbezaan demi agenda mulia yang lebih besar, tidak ada sebab Bersatu tidak boleh diraikan tambahan ketiga-tiga parti pun kini memayungi kerajaan PN yang ada.

Rakyat jelata khususnya umat Melayu Islam sedang menaruh harapan yang tinggi pada kita, kerana mereka telah muak dan bosan dengan PH yang didominasi DAP dan konco-konconya. Mereka yakin hanya MN yang mampu menyelamat dan melindungi mereka kerana itu janganlah harapan itu dipersiakan lantaran kegagalan kita bertolak-ansur.

Umat Melayu Islam dan kaum Bumiputera sebagaimana diperakui PM baru-baru ini masih jauh ketinggalan dalam sektor ekonomi sedangkan mereka merupakan majoriti penduduk dalam negara. Kepada siapakah mereka mahu bergantung harap selain MN, maka fikirkanlah nasib mereka itu.

Masa untuk berpolitik, berebut kuasa dan cantas-mencantas sudah tiada. Jangan diulangi amalan PH sehingga kuasa di tangan terlerai dan masing-masing tersembam ke bumi.

PAS, Umno, Bersatu serta rakan-rakan kita yang lain termasuk dari Sabah dan Sarawak perlu merintis jalan damai, rakyat dahagakan kestabilan dan kemakmuran.

Lalu menjadi tanggungjawab kita untuk membuktikan pada mereka yang permuafakatan kita mampu dan memiliki keupayaan untuk memberikan pada mereka apa yang mereka inginkan itu.

Jangan sekali-kali membuka ruang pada pihak musuh untuk mengadu-domba dan mencerai-beraikan kita kerana mereka sendiri telah gagal dan tiada lagi masa depan. Jika kita berjaya sampai bila-bila mereka tidak akan mampu bagkit lagi.

Dinamik politik Malaysia hari ini membentuk politik baru meninggalkan jauh politik rasis, ektrimis dan perjuangan peribadi.

Politik baru ini hanya mampu dibawa dan diperjuangan mereka yang ikhlas dan teguh jatidiri. Disaat ini kualiti itu hanya ada pada MN. Maka pimpinlah sebaiknya politik baru ini hingga berjaya.

Nota: Penulis merupakan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor dan pendirian beliau tidak semestinya mewakili pandangan SuaraTV

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

‘Doakan Saya Masuk Syurga,’ Undang Rasa Sebak Pengerusi PIBG

KUALA LUMPUR - "Doakan saya masuk syurga." Demikian ayat ditinggalkan seorang pemuda yang juga penyumbang dana bagi pembinaan surau di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri...

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

Berita Berkaitan

Jangan Mengalah atau Putus Asa Jika Dijangkiti Covid – Bekas Pesakit

MELAKA - Permulaan tahun 2021 menguji sebuah keluarga di Taman Bukit Cheng di sini apabila mereka tujuh beranak disahkan positif Covid-19. Bukan itu sahaja, tujuh...

Bapa Pelakon Zalif Sidek Meninggal Dunia

CYBERJAYA - Bapa kepada pelakon komedi Zalif Sidek iaitu Wan Abu Bakar Sidek, 60, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 7.10 malam, Isnin, lapor SinarPlus. Menurut...

95 Hospital Swasta Setuju Rawat Pesakit Covid-19

PUTRAJAYA - Sebanyak 130 hospital swasta di negara ini dikenal pasti mempunyai kemampuan merawat pesakit kategori tiga ke atas. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr....