Janji PRU: Moratorium Pulak Ke Selepas Ini?

- Advertisement -

“SAYA ulang, hari ini kita menang, bukan 2 minggu, bukan 2 hari tapi dalam tempoh 24 jam kita umum Moratorium satu tahun di seluruh negara”.

Mungkinkah nanti, ini bunyinya ungkapan yang akan popular dalam kempen Pilihanraya Umum 15 yang akan datang?

Boleh jadi jugak lah, sebab perlaksanaan Moratorium memang terbukti banyak membantu rakyat dalam menghadapi masa susah akibat pandemik Covid-19 dan langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi.

Ada juga yang lihat, bank-bank rupanya masih boleh ‘survive’ walaupun pinjaman tak dibayar selama 6 bulan (kecuali kad kredit).

Tak hairan, dalam beberapa perbahasan di parlimen sekarang pun, ramai di kalangan MP mahu Moratorium ini diteruskan demi kebajikan rakyat kerana antara lain, bank-bank sudah mengaut berbillion keuntungan selama ini dan sedikit kejatuhan dalam keuntungan oleh kerana lanjutan tempoh Moratorium nanti, tidak akan menjejaskan mereka.

Maka jangan terkejut lah kalau ada di kalangan propagandis pembangkang sekarang ini, yang mula melihat Moratorium Ini sebagai bahan untuk ditawarkan dalam kempen PRU mereka yang akan datang.

Pembangkanglah sebab mereka saja yang suka ambil kesusahan rakyat sebagai umpan undi dalam beberapa kempen PRU sebelum ini, kononnya untuk diselesaikan – bila menang, buatnya tak juga.

Hapus PTPTN, hapus Tol, naik gaji minimum RM 1,500, turun harga minyak RM 1.50/liter – sekadar menyebut beberapa tapi semua orang tahulah apa dia yang cuba dikatakan tu.

Balik pada Moratorium tadi, sudah tentu sebagai kerajaan, ada pelbagai faktor dan pertimbangan perlu diambil kira sebelum ia boleh dilaksanakan atau dilanjutkan, ia bukan semudah memberi tanpa ada apa-apa kesan atau balasan. Ini bukan cerita main monopoli, ini soal institusi perbankan – antara tulang belakang kepada ekonomi negara kita.

Pembangkang bagaimanapun bukan kerajaan dan mereka tidak ada beban itu disamping realitinya, bukan semua pengundi di negara ini yang peduli pun pasal semua pertimbangan yang dikatakan tu. Sesetengah, apa ternampak untung, depa undi saja, masuk akal ke tidak tu belakang kira.

Ada pulak nanti tukang-tukang goreng, muka confident saja temberang di hari siang, adalah yang akan termakan nanti tu.

Justeru, BN perlu bersedia dengan kemungkinan ini. Memandangkan kita di pihak kerajaan sekarang, patutnya lebih maklum tentang keupayaan sebenar institusi perbankan dan ekonomi negara ini untuk menerima lanjutan Moratorium atau tidak.

Kalau pihak sebelah sana nanti menawarkan ini dalam manifesto mereka dan kita tidak, penjelasan itu patut dah siap sedia dari sekarang.

Penjelasan itu pula nanti perlulah ringkas dan mudah, bukan panjang dan berbelit-belit seperti sebelum ini (dalam isu lain).

Azizan Salleh
Teluk Panglima Garang

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat