Perikatan Nasional Bincang Pengagihan Kerusi PRU15

Peruntukkan RM6.37 Juta Untuk Program Rumah Rakyat Pahang

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang memperuntukkan RM6.37 juta untuk membina 98 Rumah Rakyat Pahang (RRP) sebagai salah satu kaedah supaya anak negeri Pahang berupaya memiliki...

Sejuta Orang Sudah Mati Akibat Covid-19, Dan Ini Kisahnya

SEORANG doktor China yang cuba memberi amaran. Seorang bapa kepada enam anak yang berhijrah dari Pakistan ke Amerika Syarikat untuk memberikan kehidupan yang lebih...

PKPDB: KWSP Tawau Dan Lahad Tutup

CYBERJAYA: Akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB),  Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menutup  sementara pejabat dan kaunter di Lahad Datu dan...

509 Penagihan Berulang Di Johor

JOHOR BAHRU: Seramai 509 penagih dadah tegar atau berulang di negeri ini disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952, sejak Januari lepas...

PM Ucap Terima Kasih Atas Pemilihan Hajiji Sebagai Ketua Menteri Sabah

CYBERJAYA: Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan terima kasih kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri dari Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional...

PERIKATAN Nasional (PN) dalam proses membincangkan pengagihan kerusi Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) dalam mesyuarat jawatankuasa bersama.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mesyuarat yang disertai UMNO, PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu akan memperincikan pengagihan kawasan yang akan ditandingi setiap parti dalam semangat kemuafakatan bersama.

“Ahad lalu PN sudah melancarkan pembentukan jawatankuasa bersama di peringkat Parlimen dan negeri seluruh negara di ibu negara bagi mengerakkan jentera parti bersama.

“Kini rundingan di peringkat parti masing-masing sedang berjalan mengenai agihan kerusi dan kawasan PRU15.

“Ia akan diikuti dengan mesyuarat jawatankuasa bersama UMNO, PAS dan BERSATU mengenai pengagihan kerusi yang akan diperincikan lebih lanjut dalam masa terdekat, ” katanya selepas melancarkan Jentera Pilihanraya PAS Johor di Johor Bahru, malam tadi.

Turut hadir, Pesuruhjaya PAS Johor, Abdullah Husin.

Sekretariat parti UMNO, PAS dan BERSATU dilaporkan buat kali pertama secara rasmi akan mengadakan mesyuarat pada 30 Jun lalu.

Setiausaha Bersama Sekretariat Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa, dilaporkan berkata, mesyuarat berkenaan disertai lima wakil bagi setiap parti.

Beliau dilaporkan berkata, di peringkat parti antara UMNO dan PAS mengadakan mesyuarat berterusan setiap dua minggu memandangkan pihaknya sudah membuka sekretariat Muafakat Nasional.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, PAS yakin pengagihan kerusi membabitkan parti komponen dalam PN PRU15 boleh ditangani dengan baik.

Katanya, sebarang isu perbezaan pendapat berhubung pengagihan kerusi diyakini boleh diselesaikan oleh Majlis Presiden dan Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional secara harmoni.

“Proses rundingan kerusi ini akan berjalan dan mengambil masa tetapi kita yakin boleh selesai dengan baik.

“Secara prinsipnya kita akan kekal di negeri-negeri yang didominasi setiap parti,” katanya.

Tuan Ibrahim dalam masa sama menyifatkan, pandangan sesetengah pemimpin UMNO yang tidak bersetuju sekiranya Kedah dan Terengganu diserahkan ‘bulat-bulat’ kepada PAS pada PRU-15, sebagai pandangan peribadi pemimpin berkenaan.

“PAS tidak mempunyai masalah mengenainya (pandangan itu). Pandangan daripada individu itu dianggap pandangan peribadi masing-masing, kita tidak boleh sekat pandangan masing-masing,” katanya.

Berhubung persiapan PRU15, beliau berkata, parti itu sudah bersedia menghadapinya dan sedang menggiatkan usaha menambah keanggotaan di setiap negeri.

“Kalau tengok dalam kerjasama antara PAS dan UMNO serta parti-parti lain (komponen), kita yakin kita akan tambah kemenangan kita.

“Sebab kalau dahulu UMNO dan PAS bersendirian pun kita sudah capai kemenangan, sekarang dengan gabungan PN, kita yakin kita akan dapat lebih baik dari sebelum ini,” katanya.

-Harian Metro-

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Peruntukkan RM6.37 Juta Untuk Program Rumah Rakyat Pahang

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang memperuntukkan RM6.37 juta untuk membina 98 Rumah Rakyat Pahang (RRP) sebagai salah satu kaedah supaya anak negeri Pahang berupaya memiliki...

PKPDB: KWSP Tawau Dan Lahad Tutup

CYBERJAYA: Akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB),  Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menutup  sementara pejabat dan kaunter di Lahad Datu dan...

509 Penagihan Berulang Di Johor

JOHOR BAHRU: Seramai 509 penagih dadah tegar atau berulang di negeri ini disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952, sejak Januari lepas...