Doktor Keluarkan Cacing Hidup 1.5 Inci Dari Tonsil Wanita

- Advertisement -

TOKYO:Seorang wanita di Jepun terkejut setelah mengunjungi doktor dengan kerongkong yang sakit, kerana dia diberitahu ada cacing besar di dalam tonsilnya.

Wanita berusia 25 tahun itu menjalani pemeriksaan fizikal di Hospital Antarabangsa St Luke’s Tokyo setelah mendapat sakit tekak dan kerengsaan selama lima hari setelah makan sashimi, menurut satu kajian kes yang diterbitkan dalam The American Society of Tropical Medicine and Hygiene.

Pakar perubatan mengenal pasti cacing hitam – yang panjangnya 38 milimeter (1.5 inci) dan masih bergerak – di dalam tonsil kiri wanita itu, dan mengeluarkan makhluk itu menggunakan pinset.

Ujian DNA pada cacing itu mendapati ia adalah sejenis larva tahap keempat “Pseudoterranova azaras,” iaitu cacing gelang parasit, menurut kajian yang diterbitkan pada bulan Julai.

Parasit tersebut menjangkiti perut dari ikan yang dimakan mentah atau kurang masak, memurut kajian itu, dengan lebih daripada 700 kes dilaporkan di Jepun, negara-negara Pasifik Utara, Amerika Selatan, dan Belanda.

Hasil ujian darah wanita itu normal, dan kesihatannya bertambah baikbsetelah cacing itu dikeluarkan, kata jurnal itu.

Pakar perubatan dan saintis telah mengenalpasti jangkitan serupa pada pesakit yang memakan hidangan makanan laut.

Anisakiasis, penyakit yang disebabkan oleh makan ikan atau makanan laut yang tercemar parasit, semakin meningkat di negara-negara Barat di mana populariti makan sushi dan hidangan ikan dan makanan laut mentah atau kurang masak lain telah meningkat, menurut laporan 2017 yang diterbitkan dalam Laporan Kes BMJ.

Dalam satu kes, seorang lelaki sihat berusia 32 tahun, didapati mempunyai membran usus yang bengkak dengan seekor parasit didapati melekat kuat dengan hujung ekornya menembusi perut – yang ditemui setelah pesakit mengalami sakit usus yang teruk, muntah dan demam selama seminggu. Semasa temu ramah, lelaki itu mengakui bahawa dia telah makan sushi sebelum itu – CNN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat