Pengguna dan DNB akan menjadi mangsa gergasi telekomunikasi – Shahril Hamdan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Ekonomi Pejabat Perdana Menteri, Sharil Hamdan, melahirkan kebimbangan Digital Nasional Berhad (DNB) akan menjadi mangsa percaturan konglomerat telekomunikasi (telko)bagi mendapat keuntungan maksimum dan meninggalkan beban tanggungjawab kepada syarikat milik kerajaan tersebut.

Kebimbangan Sharil Hamdan berdasarkan pengumuman Menteri Komunikasi dan Digital, Fahami Fadzil, mengenai pertukaran polisi 5G negara dari Rangkain Borong Tunggal (SWN) kepada Dwi Rangkaian.

Bekas Naib ketua Pemuda Umno itu mengambil contoh trend pelaksanaan 3G dan 4G oleh telko yang memberi tumpuan kepada kawasan bandar dan menyebabkan kawasan luar bandar jauh ketinggalan.

“Dia (telko) boleh piggyback (perguna) DNB yang buat 80% pada kawasan-kawasan tak menguntungkan,” katanya dalam rancangan podcast “Keluar Sekejap” disiarkan di YouTube bersama bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

“Dan dikawasan bandar dia buat sendiri dan jual pada harga lebih tinggi,” balas Khairy yang turut bersetuju dengan kebimbangan Shahrir itu.

Kedua-dua mereka turut mempersoalkan matlamat keputusan Putrajaya itu dibuat tanpa perincian jelas dikeluarkan, disifatkan Khairy hanya hendak memuaskan hati pihak tertentu.

“Keputusan ini seolah-olah nak memuaskan hati sebab sebelum ini Pakatan Harapan bantah SWN, sebab dah terlewat nak batalkan DNB, pada masa sama tak nak hilang air muka sebab selama ini membantah SWN dan mendengar lobi telko-telko tertentu dan buat keputusan ini tanpa perincian,” katanya.

Beliau turut menolak dakwaan DNB akan menjadi 1MDB kedua, tuduhan yang disifatkannya tidak berasas kerana keupayaan DNB untuk menjana keuntungan sudah terbukti.

“Sampai sekarang DNB tak perlukan pelaburan berterusan daripada kerajaan, ia menguntungkan dengan kadar pulangan dalaman sebanyak 8% dan tak perlu dapat jaminan kerajaan macam 1MDB. Kalau ikut 8% kadar pulangan DNB ia akan bernilai RM20 bilion selepas 10 tahun tempoh lesen untuk kerajaan,” katanya.

Khairy turut mempersoalkan sama ada keputusan kerajaan ini akan menjejaskan kedudukan kewangan DNB disebabkan kewujudan persaingan tidak perlu dengan pelaksanaan DWN.

“Keputusan kerajaan ini mungkin akan jejaskan masa depan dan status kewangan DNB dan DNB adalah syarikat Kementerian Kewangan,” soalnya lagi.

Bekas menteri itu juga menolak andaian DNB tidak cekap dalam melaksanakan kerja hanya kerana ia syarikat berkepentingan kerajaan.

“Kalau nak kata ketidakcekapan kerajaan, dalam tempoh 18 bulan, DNB dah berjaya letakkan infrstruktur 5G di kawasan sasaran.

“Keputusan ini tidak membatalkan SWN sehingga akhir tahun ini di mana 80% kawasan berpenduduk ada liputan 5G selepas itu barulah dibuka satu lagi rangkaian borong, tapi bagi saya ia tak masuk akal, keputusan ini tidak ada sebab.

“Kalau dah sampai 80%, siapa nak buat rangkaian lagi satu sebab akan menelan perbelanjaan yang besar? Soal Khairy.

Shahril menambah yang wujud juga kebimbangan dengan kehadiran pemborong rangkaian 5G kedua, telko akan memilih untuk tidak lagi melanggan DNB.

“Mereka tidak mahu menggunakan DNB dan ini yang kita risau. Kalau dah boleh memiliki rangkaian kedua, dia (telko akan pakai rangkaian kedua,” kata Shahril.

Pada 3 Mei lalu, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengumumkan peralihan daripada SWN kepada DWN yang akan bermula apabila DNB mencapai tahap liputan 5G di 80% kawasan berpenduduk negara yang dijangka akan berlaku seawal tahun depan. -SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat