COVID-19 Masih Tak Menentu, 3 Juta Kes Baharu – WHO

- Advertisement -

GENEVA- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa pandemik COVID-19 masih tidak menentu dan mungkin terdapat masalah lebih lanjut sebelum virus itu merebak dalam corak yang boleh diramal.

Dalam tempoh 28 hari terakhir, lebih 23,000 kematian dan tiga juta kes baharu dilaporkan kepada WHO, meskipun ujian dikurangkan buat masa sekarang.

“Walaupun jumlahnya semakin berkurangan, masih ramai yang mati dan masih ramai jatuh sakit,” kata Pengarah Kecemasan WHO, Michael Ryan, pada satu sidang media.

Menurutnya virus pernafasan tidak berpindah daripada pandemik kepada fasa endemik, sebaliknya bergerak ke tahap aktiviti rendah dan berpotensi mencetus kemuncak wabak bermusim.

“Kami tidak mematikan suis bagi pandemik coronavirus ini, kemungkinan besar kita akan melihat gelombang berubah kepada corak yang boleh diramal,” katanya.

Jawatankuasa Kecemasan WHO Mengenai COVID-19 bermesyuarat setiap tiga bulan dan perhimpunan seterusnya adalah pada awal Mei ini.

Seperti dalam mesyuarat sebelumnya, ia akan memutuskan sama ada virus itu masih berstatus Kecemasan Kesihatan Awam Kebimbangan Antarabangsa (PHEIC) tahap amaran tertinggi boleh dikeluarkan oleh agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu.

Ryan berkata, virus itu tidak mungkin dihapuskan, sebaliknya akan menjadi seperti influenza, masih menyebabkan penyakit pernafasan yang ketara kepada orang yang terdedah.

WHO mengisytiharkan COVID-19 sebagai PHEIC pada 30 Januari 2020, apabila terdapat kurang daripada 100 kes dan tiada kematian di luar China.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, kemudiannya mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik pada Mac 2020.

Ryan menjelaskan, masih ada negara di mana sebahagian besar penduduknya masih terancam kerana belum disuntik vaksin manakala ada negara yang tidak lagi menganggap COVID-19 sebagai satu ancaman serius.

“Jawatankuasa Kecemasan WHO Mengenai COVID-19 akan membentangkan nasihatnya kepada Tedros, yang boleh membuat keputusan muktamad, mengenai sama ada virus berkenaan masih berstatus PHEIC.

“Saya harap apabila jawatankuasa ini bertemu bulan depan, akan ada nasihat atau rumusan positif untuk Tedros mengenai penilaian mereka berhubung trajektori pandemik dan status PHEIC,” katanya. – AFP

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat