PDRM Umum Pertukaran, Kenaikan Pangkat 18 Pegawai Kanan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran dan kenaikan pangkat 18 pegawai kanannya yang berkuat kuasa pada 22 Mei ini.

Mendahului senarai adalah Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad yang bertukar ke Komisioner Polis Pentadbiran Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin dalam kenyataan berkata, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Fisol Salleh pula memegang jawatan sebagai Ketua Polis Kedah dengan memangku pangkat Komisioner Polis bagi menggantikan Wan Hassan.

“Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Mohd Roze Shaari pula bertukar ke Timbalan Pengarah Pengurusan (Bahagian Dasar Sumber Manusia) Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

“Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Azman Ayob pula akan memegang jawatan Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman,” katanya pada Rabu.

Sementara itu, Noorsiah juga memberitahu Ketua Cawangan Khas Kuala Lumpur Datuk Abu Samah Mohd Noor pula bertukar ke Timbalan Ketua Polis Kedah dengan memangku pangkat Deputi Komisioner.

“Timbalan Pengarah (Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Victor Sanjos bertukar ke Timbalan Ketua Polis Kelantan dengan memangku pangkat Deputi Komisioner.

“Ketua Penolong Pengarah D7 (Pencegahan Judi, Maksiat dan Gangsterism) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Mohamad Noor Yusof Ali pula akan memegang jawatan Komandan Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur,” umum beliau.

Noorsiah juga berkata, Ketua Penolong Pengarah Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram JSJK Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Fazlisyam Abd Majid bertukar ke Ketua Cawangan Khas Kuala Lumpur.

“Selain itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha akan memegang jawatan Ketua Penolong D7 Pencegahan Judi, Maksiat dan Gangsterism) JSJ Bukit Aman.

“Penolong Pengarah (Siasatan, Perundangan, Kajian Kes) Bahagian Pematuhan Standard Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Asisten Komisioner Arifai Tarawe bertukar ke Ketua Polis Daerah Seremban, Negeri Sembilan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat