Tanda pagar #kerajaangagal akan terus lekat kalau harga ayam pun tak boleh kawal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pemuda Pakatan Harapan (PH) mengkritik kegagalan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menentukan harga siling yang mengakibatkan harga ayam melambung dipasaran.

Ketuanya, Shazni Munir Mohd Ithnin memberitahu beliau meneliti dengan penuh tekun kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri KPDNHEP semalam.

” Alhamdulillah, akhirnya beliau muncul ke permukaan. ‘Tahniah dan syabas’ atas senarai panjang usaha-usaha yang telah beliau sebutkan, namun malangnya, masalah harga barangan yang melambung di seluruh negara masih berlaku dan belum selesai.

“Untuk bergerak ke depan, pertama sekali menteri dan timbalan menteri perlu keluar daripada sindrom penafian. Usah berlindung di sebalik beberapa pasaraya seperti Tesco yang menjual ayam sejuk beku dengan harga rendah,” bidas beliau yang juga Ketua Pemuda Amanah.

Shazni Munir turut berkata, bezakan antara harga ayam segar dan harga ayam sejuk beku. Memukul rata kedua kategori ini dengan akhirnya membuat kesimpulan bahawa harga ayam masih terkawal adalah lelucon yang mengundang tawa orang ramai.

“Bahkan ‘nasihat’ yang beliau berikan agar pengguna menggunakan aplikasi Price Catcher juga sebenarnya boleh dinilai semula. Misalnya kalau semakan dibuat pada aplikasi itu dan harga ikan kembung yang rendah adalah sejauh 9 kilometer daripada lokasi semasa, adakah pengguna perlu bergerak sejauh itu untuk dapatkan sekilogram ikan kembung dengan harga yang munasabah?

” Lebih malang, langsung tak disentuh tentang minyak masak yang harganya dah berbulan melambung tak turun-turun.

“Bahkan sempat pula beliau titipkan pesan agar rakyat Malaysia menjadi pengguna yang bijak. Aduhai, kalau itulah mauduk besar yang mahu disinggung, lebih baik beliau ‘hilang’ terus pun tidak mengapa. Mengapa tidak ditetapkan harga siling? Kita tercari-cari juga dalam kenyataan 6 muka itu kalau-kalau ada diumumkan harga siling barangan. Tiada!

“Kalau inilah kualiti menteri kabinet yang ada sekarang, tidak peliklah mengapa tempelan #KerajaanGagal masih terus melekat,” tempelak beliau.

Semalam Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memaklumkan dalam kenyataan media, kenaikan harga makanan ternakan iaitu soya dan jagung diimport dari Argentina dan Brazil antara punca menyumbang kepada peningkatan harga ayam di pasaran.

KPDNHEP memaklumkan analisa awal mendapati kenaikan harga makanan ternakan itu menjejaskan harga ayam dalam rantaian bekalan daripada peringkat ladang ke pemborong, peruncit dan pengguna.

Alexander , berkata KPDNHEP turut melaksanakan Ops Catut 8.0 bermula Khamis lalu, susulan beberapa kes kenaikan harga ayam yang dikesan baru-baru ini,

“Sehingga Jumaat, sejumlah 24 notis sudah dikeluarkan kepada pemborong, 16 notis kepada penternak yang disyaki mencatut.

“KPDNHEP menerima 15 aduan berkaitan harga ayam, daging (satu), sayur (dua) dan ikan (15) di seluruh negara sejak puasa bermula. Namun tiada aduan diterima berkaitan kekurangan bekalan ke atas semua bahan makanan berkenaan,” katanya.

Alexander berkata, KPDNHEP turut melaksanakan Ops Pantau di seluruh negara mulai Selasa lalu di lokasi tumpuan membabitkan bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar basah, hypermarket, pasar raya, pasar mini dan kedai runcit dengan tumpuan diberikan terhadap peniaga ayam, daging dan ikan.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat