Pelabur Asing Tak Suka Kerajaan Pintu Belakang, Gantung Perlembagaan: Najib Jawab Shahidan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak membalas ‘nasihat’ Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC), Datuk Seri Shahidan Kassim yang memintanya berhenti menghentam kerajaan kerana didakwa membuatkan pelabur asing ‘lari’.

Tegas Najib tidak semestinya pelabur asing tak masuk hanya sebab kerajaan dibantai.

“Pelabur lagi tak suka kerajaan yang tak stabil, tak kompeten, tak dipilih rakyat.

“Bahkan perbelanjaan kerajaan tidak mengikut kelulusan Parlimen dan asyik melanggar had hutang dan demokrasi serta Perlembagaan digantung,” bidas bekas Perdana Menteri itu susulan nasihat Ahli Parlimen Arau itu.

Malah menurut Najib sewaktu mengemudi negara sebelum ini kerajaan pimpinannya sering dihentam namun pelabur asing tetap masuk.

“Pelaburan asing tetap konsisten tinggi, malah paling tinggi dalam sejarah serta antara paling tinggi di ASEAN pada masa kerajaan BN dibantai oleh pembangkang tiap=tiap hari.

” Najib digelar kleptokrat, pembunuh dan penyangak. Negara digelar bankrupt. Demonstrasi besar-besaran sering dianjurkan depa.

“Pembangkang dengan atok (Tun Dr Mahathir Mohamad) siap bekerjasama dengan Soros, media dan kerajaan asing untuk bantai kerajaan BN masa itu.

“Ingat kerajaan BN masa saya PM tidak dibantai ke? tempelak Najib.

Semalam Shahidan menasihatkan Najib tidak menghentam kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin, sebaliknya memberi komen positif yang dapat membantu menarik pelabur asing dan memulihkan ekonomi negara.

Beliau berkata demikian susulan kenyataan Najib hari ini yang hairan mengapa Umno dan Barisan Nasional (BN) masih berada dalam kerajaan PN yang dikritik gagal menguruskan ekonomi dan Covid-19 dengan baik sehingga wujud gerakan tanda pagar #kerajaangagal.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat