Kedah tak miskin dah, RM68 bilion pelaburan baru masuk

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda PAS Kedah, Nurul Amin Hamid mendedahkan RM 68 bilion limpahan pelaburan masuk ke negeri Jelapang Padi itu sejak Perikatan Nasional (PN) mengemudi kerajaan.

Katanya, “alhamdulillah rezeki berganda-ganda untuk rakyat di negeri Kedah berkat dalam pentadbiran kerajaan PN yang cekap, pantas dan telus.

“Nilai Pelaburan yang telah dipaparkan di media ,yang baru belum lagi masuk di dalam data Lembaga Pembagunan Pelaburan Malaysia( MIDA )kerana sekarang masih suku pertama 2021(Laporan MIDA 2021 adalah untuk prestasi pelaburan Malaysia 2020).

“Kenapa Domestic Direct Investment (DDI) perlu kelulusan MIDA? Ini soalan yang anda perlu faham dalam sesi penulisan yang lain.

” Pelaburan oleh Widad Langkasuka di Langkawi bernilai RM 40 billion; pembangunan Lapangan Terbang KXP hampir RM 18 billion; Kedah Rubber City di Padang Terap RM 2.1billion; pelaburan Kilang Sarung Tangan oleh Hartalega dan Northern Gateway di SBEZ Kota Perdana RM7 billion.

“Empat perkara ni dah RM67.1 billion,” catat Nurul Amin.

Menurut beliau,sebahagian pelaburan yang berjaya di bawa masuk ke Kedah sudah pun memulakan proses awal seperti kelulusan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK), kelulusan tanah, lokasi, dan sebagainya.

Ujar Nurul Amin, contohnya projek lapangan terbang KXP sedang dalam proses pengambilan tanah melalui Akta Pengambilan Balik Tanah 1960, daripada keluasan 8900 ekar kini berkembang kepada 14000 ekar kerana diperluaskan lagi kawasan industri di sekitar airport yang sedang diproses penubuhan syarikat SPV.

Manakala katanya, Projek Widad Langkasuka di Langkawi , sudah diluluskan pemilikan tanah, komitmen fee sudah dijelaskan oleh Widad Langkasuka, kini dalam proses pembayaran premium tanah puluhan juta.

“Dalam tempoh 15 hingga 20 tahun nilai pembangunan akan masuk RM 40 bilion berdasarkan perancangan yang dibentangkan oleh syarikat terbabit.

“Begitu juga projek kilang sarung tangan oleh syarikat Hartalega, telah berlangsung majlis tandatangan perjanjian jual beli bernilai RM7 billion,” jelasnya.

Selain itu menurut beliau sudah diumumkan pembinaan Loji Rawatan Air baharu bernilai RM 400 juta di Kodiang dalam bajet 2021.

“Ini semua sebahagian contoh kesungguhan kerajaan dalam membangunkan Kedah dengan gambaran nilai yang sangat besar untuk Kedah menjadi negeri maju setanding negeri maju yang lain.

“Yang utama apa sikap kita sebagai rakyat bila membaca berita gembira ini? bayangkan dalam keadaan negara dilanda pendamik Covid-19, ekonomi terjejas, banyak sektor ekonomi jatuh, tetapi Kedah mendapat perhatian para pelabur dengan jumlah pelaburan yang tinggi. Justeru apa sepatutnya sikap kita sebagai rakyat yang baik? Bersyukur dan ucap alhamdulillah, banyakkan berdoa agar perancangan berjaya dan semoga dipermudahkan segala urusan kerajaan, berusaha bersungguh-sungguh membantu pihak kerajaan mencapai matlamat.

“Penyakit orang kita ialah hasad dengki, bangsa kita Melayu susah nak maju kehadapan jika kita berbalah tentang kemajuan yang hendak kita capai, tetapi jika kita berpadu dan bersatu hati, kita boleh jadi bangsa yang dihormati, berdaya maju dan saling membantu bukan menjatuhkan dan menghina bangsa sendiri hanya kerana perbezaan fahaman politik, itu cara kuno,” katanya.

Nurul Amin menambah lagi, kita adalah generasi digital yang terus mengorak langkah kedepan dan mempunyai akal fikiran dengan bimbingan wahyu ilahi.

“Rakyat Kedah yang dahulunya mempunyai seorang tokoh seperti ‘Atok M’ semasa dia dipuncak kuasa pernah mengisytiharkan Kedah adalah salah satu dari tiga negeri termiskin, tetapi kini di bawah kepimpinan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi, kita tidak lagi dengar sinonim Kedah dengan kemiskinan.

“Kita rakyat diberi kepercayaan baru,nafas baru,semangat baru oleh Menteri…

-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat