Rentas negeri: Polis akan ambil keterangan penganjur majlis perkahwinan

- Advertisement -

SEPANG: Polis akan mengambil keterangan daripada penganjur satu majlis perkahwinan didakwa dihadiri beberapa menteri yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan merentas sempadan negeri, Ahad lalu.

Ketua Polis Sepang Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata setakat ini polis masih belum mengeluarkan arahan untuk memanggil suspek bagi merekod keterangan.

Katanya, pihaknya masih menunggu arahan daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Bukit Aman untuk menyiasat kes yang disifatkan sebagai menarik.

Semalam, media melaporkan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mengemukakan beberapa laporan mengenai menteri dan timbalan menteri yang didakwa melanggar SOP PKP.

Laporan itu turut disahkan Wan Kamarul dan polis membuka Kertas Enkuiri Polis bagi tujuan memulakan siasatan terhadap tuduhan berkenaan susulan laporan polis daripada MUDA mengenai dakwaan itu.

MUDA dikatakan membuat laporan polis mengenai perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 16 Mac.

Bagaimanapun, siasatan itu berada bawah seliaan polis Sepang kerana pengasas bersama jawatankuasa penaja MUDA, Mutalib Uthman menyebut dalam laporan bahawa beliau mengetahui mengenai tuduhan itu ketika berada di Sepang.

-BERITA HARIAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat