Enam MP Bersatu berpaling tadah selamat jika tarik balik sokongan kepada Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Enam Ahli Parlimen BERSATU yang berpaling tadah selamat daripada digugurkan keahlian jika menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris berkata, ahli Parlimen itu juga tidak perlu mengosongkan kerusi jika mengisytiharkan secara rasmi menarik balik sokongan kepada Anwar sebelum Perhimpunan Agung Khas parti pada 2 Mac ini.

Bagaimanapun, katanya, enam ahli parlimen itu mungkin hanya dikenakan tindakan tatatertib kerana melanggar peraturan parti.

“Peluang kepada enam ahli parlimen yang mengisytiharkan penyokong Anwar masih terbuka, jika umum tarik balik sokongan, keahlian dan kedudukan sebagai ahli parlimen terselamat.

“Kita difahamkan, ada dalang dan individu tertentu cuba menghasut enam ahli parlimen itu untuk terus kekal menyokong Anwar dengan memberi alasan pindaan fasal 10 perlembagaan parti tidak akan memberi kesan kepada mereka,”lapor Harian Metro di Terengganu pada Ahad.

Enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Anwar ialah Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Zulkafperi Hanapi; Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang); Zahari Kechik (Jeli); Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang); Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman.

Mengulas lanjut, Razali yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Bersatu enggan mendedahkan nama individu yang menghasut enam ahli Parlimen supaya terus kekal menyokong Anwar.

“Individu yang menghasut enam Ahli Parlimen itu untuk terus kekal menyokong Anwar adalah pemimpin utama parti kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Individu itu mendakwa pindaan fasal 10 akan dilakukan parti tidak boleh mengsabitkan kesalahan kepada enam Ahli Parlimen berkenaan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat