Pejuang Tanding Solo, Mahathir Tak Terlibat Dengan PH, PN atau BN – Mukhriz

- Advertisement -

PETALING JAYA – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) tidak akan meletakan calon mereka di bawah lambang Pakatan Harapan (PH) di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menegaskan partinya tidak akan menyertai gabungan mana-mana parti dan mahupun menubuhkan gabungan.

Menurut beliau, calon-calon Pejuang akan bertanding di atas tiket parti itu sendiri berbanding berada di bawah naungan parti lain.

“Tiada perbincangan mendalam dengan parti lain, walaupun Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ada menawarkan kami untuk menyertai mereka.

“Tetapi pada waktu ini kami tidak berhasrat membenarkan calon kami bertanding dibawah lambang PH atau khemah mereka,” katanya semasa sidang media di Kuala Lumpur.

Sementara itu, Mukhriz turut memaklumkan terdapat laporan ada pihak daripada Perikatan Nasional (PN) menyalahgunakan nama Pengerusi Pejuang, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Jelasnya, pihak tersebut menggunakan nama bekas perdana menteri sebagai pengerusi PN sewaktu memperkenalkan parti itu kepada masyarakat Johor.

“Jadi saya nak jelaskan Tun Mahathir adalah pengerusi Pejuang dan tidak langsung terlibat dengan PN, tidak juga dengan Pakatan Harapan (PH) dan jauh sekali dengan Barisan Nasional (BN),” ujarnya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat