10.8 Peratus Populasi Kanak-Kanak Usia 5 Hingga 11 Tahun Terima Dos Pertama Vaksin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sebanyak 383,165 individu atau 10.8 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sejumlah 13,844,963 atau 58.8 peratus populasi dewasa di dalam negara pula telah menerima dos penggalak COVID-19, seramai 22,943,301 atau 97.5 peratus lengkap vaksinasi, manakala 23,220,003 atau 98.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,798,368 individu atau 89.9 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,881,894 atau 92.6 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 36 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan Johor melaporkan 11 kes, masing-masing enam kes di Sabah dan Selangor, Kedah (4), masing-masing tiga kes di Perak dan Pulau Pinang dan masing-masing satu kes di Negeri Sembilan, Terengganu dan Kuala Lumpur. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat