Inisiatif JaminKerja Keluarga Malaysia Sedia 600,000 Peluang Pekerjaan – PM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Inisiatif JaminKerja Keluarga Malaysia bertemakan “Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera” mendukung matlamat menurunkan kadar pengangguran melalui penyediaan 600,000 peluang pekerjaan tahun ini dengan peruntukan RM4.8 bilion.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata inisiatif itu seiring dengan penciptaan peluang pekerjaan yang merupakan teras utama di bawah Bajet 2022.

“Inisiatif JaminKerja Keluarga Malaysia ini merupakan manifestasi komitmen kerajaan dalam menyediakan peluang pekerjaan yang lebih menyeluruh dan menghasilkan pembangunan ekonomi yang lebih mampan, di samping memacu usaha pemulihan negara secara berstruktur dan menyumbang ke arah pengukuhan pasaran tenaga kerja negara,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Pelancaran Inisiatif JaminKerja Keluarga Malaysia dan Karnival Kerjaya JaminKerja Keluarga Malaysia 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata JaminKerja Keluarga Malaysia merangkumi tiga program utama iaitu JaminKerja Insentif Penggajian, JaminKerja Inisiatif Latihan dan Penempatan Jangka Pendek (MySTEP), serta Program Latihan dan Peningkatan Kemahiran (Upskill Malaysia).

“JaminKerja Inisiatif Pengajian akan dilaksanakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang menyasarkan 300,000 peluang pekerjaan.

“MySTEP (pula) menawarkan 80,000 peluang pekerjaan dalam sektor awam, syarikat milik kerajaan (GLC) dan strategik,” katanya.

Menurut beliau lagi, Upskill Malaysia pula dilaksanakan HRD Corp dengan menyediakan latihan kemahiran untuk pencari kerja bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka serta menjamin penempatan pekerjaan dengan sasaran 220,000 orang pelatih

“Program JaminKerja – Insentif Penggajian akan memberi tumpuan kepada usaha merangsang para majikan untuk membuat pengambilan pekerja, terutamanya dalam kalangan individu yang tidak aktif bekerja seperti golongan penganggur, golongan rentan seperti OKU, bekas banduan, warga emas dan golongan wanita menganggur bagi tempoh berpanjangan, untuk memastikan tiada golongan dipinggirkan.

“Setelah majikan diberikan insentif bagi pengambilan pekerja, pencari kerja boleh menggunakan Portal MYFutureJobs untuk mendapatkan padanan pekerjaan dan mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan.

“Insentif turut diberikan kepada majikan yang mengambil tenaga kerja tempatan bagi mengisikan jawatan yang kebiasaannya dilakukan oleh pekerja asing ataupun pegawai dagang.

“Majikan yang layak akan menerima bantuan kewangan Kerajaan antara 20 hingga 40 peratus daripada gaji kasar maksimum pekerja iaitu sebanyak RM10,000 bagi tempoh 12 bulan.

” Program JaminKerja Short-term Employment Programme atau MYSTEP pula menyasarkan 80,000 peluang pekerjaan secara kontrak yang merangkumi 50,000 pekerjaan dalam sektor awam dan selebihnya dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) untuk tahun 2022.

“Dengan jumlah peruntukan sebanyak RM1.7 bilion, program MySTEP akan diterajui oleh LAKSANA di bawah Kementerian Kewangan yang akan melaksanakan kolaborasi strategik bersama agensi-agensi,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat