Bersatu Tuntut Bukti Dakwaan 300 Ahli Di Johor Keluar Parti Untuk Sertai Warisan

- Advertisement -

PONTIAN – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Tanjung Piai menafikan dakwaan bahawa bahagian itu terbubar setelah beberapa ahlinya umum keluar parti pada malam tadi.

Pemangku Ketua Bersatu Bahagian Tanjung Piai, Musa Khamis berkata, perkara itu tidak berlaku kerana hanya satu cawangan sahaja yang terbubar iaitu Cawangan Pekan Nanas Timur.

Katanya, bahagian tersebut masih lagi berdiri teguh dengan sokongan 20 cawangan lain bagi meneruskan perjuangan parti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak lama lagi.

“Semalam, bekas Setiausaha Bersatu Bahagian Tanjung Piai, Hishamuddin Busri bersama empat ahli jawatankuasa umum keluar parti kerana merasakan Bersatu sudah kehilangan hala tuju.

“Tindakan itu hanya menyebabkan satu cawangan sahaja terbubar. Dakwaannya kira-kira 300 ahli yang lain turut angkat kaki juga keterlaluan. Kita masih ada Jawatankuasa yang lengkap.

“Saya tuntut dia kemukakan bukti seramai itu yang mengikut jejaknya hingga lima cawangan Bersatu Bahagian Tanjung Piai terbubar,” katanya pada sidang akhbar di Rumah Bersatu Tanjung Piai, di sini hari ini.

Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bersatu Bahagian Tanjung Piai Hishamuddin Busri bersama sekumpulan ahli dan penyokong Bersatu isytihar keluar parti diikuti tindakan menyertai parti Warisan

Semalam, Hishamuddin bersama ahli Bersatu bertindak keluar parti beramai-ramai kerana merasakan parti berkenaan sudah tidak mempunyai masa depan dalam kancah politik tanah air.

Hishamuddin turut mendakwa lima cawangan daripada Bersatu Bahagian Tanjung Piai terbubar apabila ketua cawangan beserta seramai lebih 300 ahlinya bertindak keluar parti serta merta.

Musa memberitahu, pihaknya telah mendapatkan 13 ketua cawangan di bawah bahagian tersebut untuk menandatangani surat menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan Bersatu Tanjung Piai.

Katanya, tujuh cawangan yang lain dijangka akan mengikut langkah sama untuk membuat perakuan ikrar setia bagi kekal dalam parti Bersatu.

“Isu lompat parti ini sudah menjadi asam garam tiap kali tibanya pilihan raya. Kita akan membentuk semula cawangan yang terbubar itu bagi mempersiapkan jentera bagi menghadapi PRN.

“Kita bersifat terbuka dalam isu ini (lompat parti). Kami anggap ini sebagai hikmah dalam perjuangan, sekurang-kurangnya parti bersih dari virus,” ujarnya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat