COVID-19: Golongan Berisiko Anafilaksis Tidak Digalakkan Divaksin – KKM

KUALA LUMPUR: Individu yang mempunyai alahan terhadap vaksin atau risiko anafilaksis, tidak disarankan untuk menerima suntikan vaksin COVID-19.

Bagaimanapun, jelas Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr Kalaiarasu M Peariasamy, golongan tersebut perlu melakukan saringan alahan dan sejarah kesihatan lain dan maklumkan kepada pengamal perubatan.

“Biasanya seseorang yang ada masalah alahan ataupun anafilaksis, mereka telah pun tahu kerana mereka sepatunya sudah tahu rekod kesihatan mereka.

“Mereka perlulah mengumumkan ini kepada pengamal perubatan yang akan menjalankan prosedur vaksinasi.

“Sekiranya mereka tidak memberitahu perkara ini dan mereka terdedah kepada risiko anafilaksis, ini akan membawa kepada situasi di mana kita perlu kawal.

“Jadi dari segi amalannya perkara ini diperhatikan, dari segi pemberian medical history yang tepat, dan jika seseorang itu ada risiko anafilaksis, sekarang dari segi amalannya mereka tidak disyorkan untuk menerimanya kerana risiko anafilaksis,” katanya.

Bagaimanapun, Dr Kalairasu menegaskan perkara atau situasi alahan itu amatlah terpencil sekali.

“Daripada apa yang dilaporkan di Amerika Syarikat, mereka menggunakan sistem mereka dan mendapati isu anafilaksis amat sedikit, perlu kita tahu, ia adalah very rare.

“Ini adalah risiko yang amat sedikit, walaupun demikian, setiap daripada pusat pemantauan dan kebanyakan daripada anafilaksis ini hampir berlaku dalam tempoh masa 30 minit.

“Untuk itu, perkara ini boleh diteliti dan jika perlu boleh buat rawatan kecemasan dan selanjutnya,” tambahnya.

Beliau berkata demikian ketika Sesi Libat Urus Darurat COVID-19 bersama Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Siri 3, Keselamatan Dan Keberkesanan Vaksin COVID-19 serta strategi KKM bagi melindungi golongan berisiko tinggi pada Khamis -Astro Awani

Topik Hangat

Muhyiddin Bakal Gugurkan Semua Menteri UMNO?

CYBERJAYA - Biro Politik Majlis Tertinggi (MT) Bersatu dijangka akan membuat keputusan meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggugurkan semua menteri kabinet dari...

Tiga Lagi ADUN Amanah Keluar Parti – Laporan

CYBERJAYA - Sekurang-kurangnya tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Amanah Nasional (Amanah), kali ini di Johor dilaporkan bertindak keluar parti untuk...

Najib Masih Pilihan Rakyat Menjadi PM

CYBERJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan masih mempunyai pe­ngaruh tersendiri dalam kalangan rakyat negara ini dan menjadi pilihan diangkat semula sebagai Perdana Menteri...

Berita Berkaitan

Dua Bekas ADUN DAP Perak Masuk Bersatu

KUALA LUMPUR - Dua ADUN Perak kini nekad meninggalkan Pakatan Harapan (PH) dan memilih menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN). Memetik laporan Malaysiakini, ADUN Tronoh, Paul...

Bersatu Pandang Serius Keputusan UMNO Tiada Kerjasama Pada PRU15 – Hamzah

CYBERJAYA - Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, parti itu memandang serius keputusan UMNO yang menegaskan tiada kerjasama dengan Bersatu dalam Pilihan...

Perlu Jalani Ujian Calitan Covid-19 Sebelum Masuk Sabah, Sarawak

KUALA LUMPUR - Semua individu yang akan memasuki Sabah, Sarawak dan Labuan perlu menjalani ujian calitan COVID-19 tiga hari sebelum perjalanan setelah mendapat kebenaran...