Annuar Musa gesa Ahmad Maslan rujuk pakar perlembagaan

- Advertisement -

CYBERJAYA: Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menggesa Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan merujuk pakar berkaitan terlebih dulu sebelum meminta ahli Parlimen UMNO menyatakan persetujuan.

Ia susulan Setiausaha Agung UMNO itu meminta ahli parlimen parti itu supaya bersetuju dengan gesaan supaya satu sidang Khas Parlimen diadakan berhubung proklamasi darurat.

Perkara itu didedahkan bekas Annuar menerusi Twitternya hari ini.

“SUA UMNO menulis kepada MP dan memberi masa kurang dari 24 jam untuk menyatakan persetujuan menggesa YDP Agong memanggil sidang parlimen, kononnya di bawah perkara 150(3) Perlembangaan Persekutuan.

“Elok SUA UMNO itu rujuk ‘constitutional expert’ (pakar perlembagaan) supaya kelihatan lebih cerdik hal undang-undang,” tulisnya.

Annuar berkata, tindakan Ahmad itu juga boleh ditafsirkan sebagai cubaan menderhaka.

“Tindakan menulis surat kepada Ahli Parlimen dan memberi masa kurang 24 jam untuk menyatakan persetujuan menggesa Agong mengadakan sidang parlimen, kononnya dibawah Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan itu adalah satu pelanggaran etika berorganisasi.

“Surat itu juga menghina keputusan parti dan boleh ditafsirkan sebagai percubaan menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Ia juga satu usaha jelas untuk bersekongkol dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP yang sebelum ini meminta perkara sama dilakukan Ahli Parlimen,” tulisnya.

Annuar berkata, Ahmad seharusnya faham selepas proklamasi dibuat dibawah Perkara 150 (1) Perlembagaan Persekutuan, Parlimen tidak lagi bersidang.

“Parlimen hanya boleh bersidang selepas tamat tempoh darurat (1 Ogos 2021) seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 14 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.

“Perkara 150(3) tidak menyatakan atau tidak bermaksud mensyaratkan Parlimen bersidang secepat mungkin atau mewajibkan Parlimen bersidang serta-merta selepas proklamasi darurat dibuat,” katanya.

Menurutnya, tindakan Ahmad meminta persetujuan itu juga tidak pernah di bincang atau diputuskan oleh UMNO dan ia jelas bercanggah dengan ketetapan parti.

“Justeru, saya meminta beliau menarik balik surat tersebut dan saya tidak bersetuju sama sekali dengan tindakan tidak ‘constitutional’ serta bercanggah dengan dasar dan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat