Nazri Aziz positif Covid-19

- Advertisement -

CYBERJAYA: Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menjadi ahli politik terbaru yang disahkan positif Covid-19.

Malaysiakini melaporkan, Nazri berkata dia membuat ujian saringan selepas kontak rapat dengan seorang pesakit Covid-19 menerusi sidang media yang dilakukannya beberapa hari lalu.

“Zaharin (Mohd Yasin), masukkan dalam blog dan kata dia positif Covid-19 dan lepas saya baca blog itu.

“Saya pun buatlah ujian dan sah saya Covid-19 positif semalam,” katanya.

Pada 12 Jan lalu, Nazri melakukan sidang media di Ibu Pejabat UMNO di Kuala Lumpur yang turut dihadiri oleh beberapa pemberita serta Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Sementara itu, Nazri berkata dia kini sedang menjalani kuarantin di Hospital Raja Perempuan Zainab di Kota Bahru, Kelantan bermula semalam.

“Jadi semalam saya sudah mula kuarantin di Hospital Zainab di Kota Bahru,” katanya lagi.

Difahamkan, Tajuddin akan melakukan ujian saringan Covid-19 petang ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat