Agihan kerusi PRU-15 penentu masa depan Majlis Presiden PN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerjasama UMNO dan BN dengan Perikatan Nasional (PN) untuk PRU-15 nanti banyak bergantung kepada soal persefahaman dalam pengagihan kerusi,” tegas Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau menjelaskan perkara itu selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan penubuhan Majlis Presiden PN.

Asyraf tegaskan, susulan pembentukan majlis itu, ini bermakna pengagihan kerusi tidak lagi berasaskan perbincangan UMNO dengan PAS tetapi BN dengan PN kerana PAS sudah secara rasmi menyertai PN sebagai parti komponennya.

Tanpa berselindung Asyraf menyatakan UMNO dan BN masih istiqamah tidak menyertai parti PN.

“Majlis Tertinggi UMNO dan Dewan Tertinggi BN telah membuat keputusan yang jelas bahawa kita mendokong Kerajaan PN sehingga PRU-15 dan tidak sesekali bersetuju untuk menyertai parti PN sebagai salah satu parti komponen.

“Setakat ini PARTI PN hanya dianggotai PPBM, PAS, STAR dan SAPP. Manakala Kerajaan PN adalah sebuah kerajaan yang ditubuhkan atas persefahaman 12 parti politik termasuk UMNO dan tiga parti komponen BN iaitu MCA, MIC dan PBRS; Gabungan Parti-Parti Sarawak (GPS) dan Parti Perikatan Nasional (PPBM, PAS, STAR dan SAPP),” jelas beliau dalam satu kenyataan media.

Menurut Asyraf, Majlis Presiden Kerajaan PN sememangnya dicadangkan sejak dari awal oleh UMNO ketika pembentukan Kerajaan PN pada bulan Mac 2020, tetapi hanya dilaksanakan sekarang.

“Tujuannya untuk memastikan apa jua dasar-dasar penting Negara dibincangkan terlebih dahulu dengan rakan-rakan kongsi yang terdiri daripada parti-parti politik yang bersepakat membentuk kerajaan ini.

“Majlis Presiden Kerajaan PN mampu mengelakkan perbezaan dan pertelingkahan pandangan terhadap dasar-dasar penting yang diperkenalkan kerajaan seperti inisiatif kerajaan mahukan pengisytiharan darurat yang tidak dirujuk kepada UMNO hingga mencetuskan pergeseran di kalangan parti-parti dalam kerajaan PN,” ujar beliau.

Selain itu katanya, Majlis Presiden kerajaan PN boleh dijadikan platform untuk Presiden parti-parti yang mendokong Kerajaan PN menyuarakan pendirian parti secara rasmi untuk diambil kira dan diambil tindakan oleh kerajaan PN.

“Sebagai contoh, pendirian UMNO dan BN membawa suara rakyat dalam isu KWSP dan moratarium,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat