Titah Adendum: Zahid sudah menjuarainya, tak logik Anwar kata tak terlibat – KJ

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikritik kerana memilih untuk enggan masuk campur dalam perbincangan berkaitan Titah Adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 berkaitan tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar membidas sikap Anwar seolah-olah memperlihatkan bahawa Kerajaan Madani buat-buat tidak tahu akan kewujudan Titah Adendum dan pertikaian yang terkait dengan status penahanan Najib yang kini telah dibawa ke mahkamah.

“Dalam isu titah tambahan ini Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dah menang. Tapi yang kalah adalah ‘brother’ yang kata not my problem (merujuk Anwar).

“Macam mana kamu (Anwar) boleh kata bukan masalah kamu? Sedangkan lima daripada menteri (Kabinet) kamu terlibat dalam hal ini.

“Tiga daripada respondennya ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Undang-undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa.

“Manakala dua lagi menteri kamu ialah Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebab dia pergi ambil gambar titah itu dan Zahid, jadi macam mana boleh kata kamu (Anwar) tak terlibat? soal Khairy berkait kenyataan Anwar dalam audio siar Keluar Sekejap yang dimuat naik pada Isnin.

Anwar sebelum ini menegaskan beliau enggan terbabit dalam perbincangan berkaitan Titah Adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 berkaitan tahanan di rumah kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, ini kerana perbincangan mengenai titah berkenaan adalah di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan dan Yang di-Pertuan Agong.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, pendirian kerajaan mengenai semua urusan berkaitan Majlis Raja-Raja tidak boleh dicabar adalah kekal sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957.

Kata Khairy lagi, kerajaan buat buat tak tahu mungkin dengan harapan isu titah adendum ini akan berlalu pergi tanpa disedari dan dibangkitkan oleh mana-mana pihak.

“In action dia harap perkara ini akan go away sebab dah dua bulan tak ada sapa bangkitkan isu ini.

“Dia tak sangka bahawa Zahid tiba-tiba akan buat afidavit ini.

“Zahid pandai makan keliling dan dalam isu ini Zahid dah menang dah.

“Sama ada Najib mendapat tahanan rumah atau tidak sekurang-kurangnya Zahid sudah memainkan peranannya,” kata beliau.

Mengulas isu sama, bekas Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan pula mengingatkan Anwar selaku Perdana Menteri untuk berani menyatakan pendirian bukan hanya berdiam diri.

“Perdana Menteri sewajarnya make a stand apa yang kamu percaya.

“…dan kalau berpendapat bahawa tak sepatutnya najib dapat tahanan rumah, katakan.Selama dua bulan kenapa tiada tindakan titah adendum? Kena buat pendirian.

“Perdana Menteri tak boleh biarkan benda ini berlalu, situasi itu tak akan wujud,” pesan Shahril.

Tegas beliau, institusi Umno adalah paling cekap dalam taktikal politik.

Katanya dengan tindakan enggan campur tangan yang dipamerkan Anwar itu, Perdana Menteri berisiko akan hilang reputasi dan rasa hormat penyokong.

“Saya ramal Najib akan jadi tahanan rumah memandangkan Kerajaan Madani tidak mahu ambil pendirian,” katanya.

Khairy sebelum itu menjelaskan, isu pokok dalam hal ini ialah titah adendum ini tidak dibincang dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan.

“Dalam Lembaga Pengampunan isu tahanan rumah ini tak timbul dan ia cuma bangkit selepas mesyuarat, dihantar perutusan daripada Istana Negara yang mengatakan bahawa beri Najib tahanan rumah.

“Jadi, perkara itu tidak dilaksanakan sebab bila titah itu diterima… pandangan daripada penasihat undang-undang adalah ini sesuatu perkara yang berlaku di luar daripada mesyuarat Lembaga Pengampunan maka oleh yang demikian ia tidak boleh dilaksanakan sebab segala keputusan berkenaan dengan isu pengampunan mesti dibuat dalam mesyuarat jadi isunya perkara ini dibangkitkan di luar mesyuarat.

“Maka isu ini mesti diputuskan di mahkamah,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat