Junior Terminators terus unggul remaja berpasukan BAM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Saingan kejohanan badminton Remaja Berpasukan Campuran Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini menyaksikan pasukan Junior Terminators melakar kemenangan kedua berturut-turut apabila mengatasi Junior Transformers 8-4.

Junior Terminators yang dipimpin Ong Zhen Yi nyata sukar untuk digugat lawan. Meskipun tidak beraksi pada hari ini, Zhen Yi memberi kata-kata semangat untuk memastikan rakan sepasukan memberikan aksi yang terbaik dalam saingan di Stadium Juara, Bukit Kiara itu.

Pasukan berkenaan mendahului 3-0 menerusi bergu campuran, Jimmy Wong-Cheng Su Hui selain beregu lelaki, Kang Khai Zing-Muhd Faiq dan beregu wanita, Adiyna Anuar-Ong Xin Yee yang melakar kemenangan ke atas lawan masing-masing.

Junior Transformers cuba bangkit untuk merapatkan jurang mata menerusi Justin Hoh yang menundukkan Dylan Ooi 15-4, 15-12, namun Terminators kembali melebarkan jurang mata 5-1 menerusi Muhd Fazriq Mohd Razif yang menang ke atas Anson Cheong 15-7, 15-8.

Pasukan Junior Transfomers bangkit meraih tiga mata berturut-turut dalam acara beregu bermula dengan kemenangan Khor Jing Wen-Valeree Siow yang menundukkan Oh Jia Qi-Siti Nurshuhaini Azman 10-15, 15-8, 15-11, disusuli Choi Jian Sheng-Wan Muhammad Arif yang menang ke atas Jimmy Wong-Muhammad Haikal 15-10, 15-12 dan kemenangan Low Han Chen ke atas Muhd Faiq ke atas untuk kedudukan semasa 4-5.

Namun Junior Terminators menutup sisa perjuangan Junior Transformers apabila membolot baki empat mata sekali gus mengesahkan kemenangan mutlak 8-4.

Bermula dengan perseorangan lelaki, Kee Is Qian yang menang 15-11, 13-15, 15-14 ke atas Aaron Tai disusuli perseorangan wanita dimana Ong Xin Yee menundukkan Ng Wen Xi 15-4, 15-5 manakala Adiyna Anuar bangkit daripada kekalahan sebelum menundukkan Tan Zhing Hui 13-15, 15-14, 15-13.

Siti Nurshuhaini Azman menutup pesta kemenangan kelapan Junior Terminators selepas menundukkan Joanne Ng 15-3, 15-14. Muhd Fazriq Mohd Razif yang muncul wira pasukan Junior Terminators semalam antara yang gembira dengan pencapaian pasukannya.

“Permainan pertama semalam, saya tewas kepada Ong Ken Yon kerana kurang tenang. Sudah tentu hari ini keputusan yang baik dan kami gembira kerana sokongan daripada semua pemain yang memberikan aksi terbaik.

“Ketika perlawanan pertama, saya masih belum menyesuaikan diri kerana penyokong-penyokong lawan memberi tekanan tetapi selepas di set kedua dan seterusnya, keyakinan semakin tinggi,” kata Fazriq.

Pasukan Junior Terminators kini mengumpul dua mata dan ketinggalan satu mata dibelakang adalah Junior Transformers dan Junior Avengers. Junior Dominators masih belum mengutip sebarang mata.

-BERITA HARIAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat