Tambak Laut Tetap Beri Kesan Kepada Alam Sekitar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Tambakan laut, walaupun dengan alasan meningkatkan ekonomi, tetap akan mendatangkan kesan negatif kepada alam sekitar.

Antara kesan yang paling ketara adalah berlakunya air pasang besar yang lebih kerap dan juga banjir, terutamanya di kawasan hulu sungai.

Begitupun, Pensyarah Kanan Jabatan Sains Biologi Universiti Sunway Dr Chen Jit Ern berkata, masalah tersebut mampu diatasi, dengan syarat, penyelenggaraan sungai dilakukan dengan lebih kerap.

“Masalahnya ialah tambakan-tambakan ini menjadikan kawasan itu sebagai kawasan tanah rendah yang baharu.

“Jadi, kawasan ini akan mengalami banjir air laut yang lebih kerap apabila paras air laut semakin meningkat.

“Itu akan berlaku jika tambakan ini dibina dengan tidak mengambil kira kenaikan paras air laut pada masa akan datang,” katanya kepada Astro AWANI.

Beliau berkata demikian bagi mengulas projek tambakan laut di kawasan pesisir pantai negeri Melaka yang didakwa menjadi antara punca banjir kilat sering berlaku di negeri itu.

Menurut bekas Ketua Menteri Melaka Adly Zahari, faktor tersebut adalah antara punca yang tidak boleh dinafikan sebagai penyebab banjir kerana sesetengah kawasan di bahagian tengah dan luar bandar negeri tersebut sering dilanda bencana itu.

Meskipun tambakan memberikan banyak kesan negatif, namun menurut Jit Ern, ada cara untuk setidak-tidaknya mengurangkan kesan akibat daripada projek itu.

“Tambakan baharu ini perlu dibina dengan mengambil kira kenaikan paras air laut, sekurang-kurangnya satu meter, itu yang pertama.

“Kedua, kawasan ini perlu dilengkapi dengan sistem pengairan yang boleh menghalang

‘backflow’ iaitu air laut masuk ke dalam sistem pengairan ini.

“Pada masa depan, boleh juga merancang untuk memastikan air hujan atau sungai mengalir tanpa halangan ke laut atau dalam takungan air laut.

“Ini dua perkara yang difikirkan sebelum tambakan baharu dibina,” ujarnya.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Oktober membuka kertas siasatan berhubung projek penambakan laut di Melaka yang dipercayai berlaku kegiatan rasuah.

SPRM memaklumkan telah menerima aduan rasuah daripada Presiden Laskar Siber Malaysia Datuk Lokman Noor Adam berhubung projek berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat