Rakyat Sarawak penentu hayat PH di Bumi Kenyalang – Pemuda Pas

KUALA LUMPUR -Rakyat Sarawak bakal menjadi penentu kepada kelangsungan politik Pakatan Harapan (PH) di Bumi Kenyalang apabila Barisan Nasional (BN) dan Pas masing-masing mengumumkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang.

Perkara ini sekali gus meletakkan perhatian kepada keputusan PH sama ada mahu menyertai pilihan raya itu.

Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda Pas Dr Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Muhammad Fauzi berkata, sekiranya PH memutuskan untuk bertanding, gabungan itu bakal berdepan cabaran besar, khususnya parti pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, rekod keputusan pilihan raya negeri sebelum ini menunjukkan PH hanya memenangi sebahagian kecil daripada kerusi yang ditandingi.

“Dalam PRN Sarawak 2021, PH bertanding di 62 kerusi, namun hanya memenangi dua kerusi DUN melalui DAP.

“Itu pun sebelum berlakunya fenomena penolakan rakyat terhadap PH,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, situasi di Sarawak berkemungkinan mengingatkan kepada keputusan PRN Sabah, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka yang menyaksikan PH gagal memenangi sebahagian besar kerusi ditandingi.

Mengulas keputusan PRN Sabah, Dr Tengku Fakhruddin berkata, PH bertanding di 22 kerusi DUN tetapi hanya memenangi satu kerusi menerusi PKR, manakala DAP tewas di kesemua lapan kerusi yang ditandingi.

Di Johor pula, PH bertanding di kesemua 56 kerusi DUN tetapi hanya memenangi lapan kerusi, masing-masing enam menerusi DAP, satu PKR dan satu Amanah.

Sementara itu, di Negeri Sembilan, PH hanya memenangi 11 daripada 36 kerusi yang ditandingi, terdiri daripada sembilan kerusi DAP dan dua PKR.

Beliau turut mendakwa keputusan PRN Negeri Sembilan membuktikan penolakan pengundi Melayu-Islam terhadap PH apabila kesemua 11 kerusi yang dimenangi gabungan itu bukan kawasan majoriti Bumiputera atau Melayu-Islam.

Bagi PRN Melaka pula, katanya, PH hanya memenangi empat daripada 24 kerusi yang ditandingi menerusi DAP, manakala PKR dan PAN tewas di semua kerusi masing-masing.

Dalam pada itu, beliau menyelar sikap segelintir penyokong PH yang didakwa memandang rendah pengundi yang tidak menyokong gabungan berkenaan.

“Walaupun gelombang penolakan rakyat terhadap PH begitu hebat, namun masih ada segelintir penyokong PH yang masih mendabik dada dengan penyakit holier than thou, dengan mengatakan tidak memberi undi kepada PH adalah tindakan tidak bijak dan penyokong PN dan BN sebagai bodoh dan tidak berpendidikan.

“Apa sahaja pelabelan dan cercaan yang dilemparkan terhadap PN, khususnya PAS, sedikit pun tidak memberi kesan kepada kami,” katanya.

Mengulas hala tuju Pas menjelang PRN Sarawak, beliau berkata, pihaknya menyerahkan kepada rakyat negeri itu untuk menentukan kedudukan PH di Bumi Kenyalang.

“Untuk PRN Sarawak, kita serahkan kepada rakyat Sarawak untuk menentukan hayat PH di Negeri Bumi Kenyalang.

“Fokus kita adalah untuk memperkasakan gelombang biru bagi merampas Selangor, Pulau Pinang dan Putrajaya daripada PH dalam PRU16,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat