Murid Datang Sekolah Tak Ikut Giliran, Rupanya Nak Sarapan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Warganet tersentuh dengan perkongsian seorang guru yang menceritakan ‘kisah sedih’ murid sekolah rendah yang tetap datang ke sekolah meskipun Kementerian Pendidikan (KPM) telah melaksanakan penggiliran.

Perkongsian seorang guru dikenali Cikgu Lynn Ismail di sebuah grup laman sosial Facebook baru-baru ini menjentik hati warga maya. Ikuti coretan guru ini yang membuka minda kita semua.

“Ini ‘deep’. Minggu ini ada seorang murid dari kumpulan A hadir. Saya menyangka mungkin murid itu tidak tahu tentang penggiliran. Lalu saya terangkan kepada dia.

“Minggu lepas awak sudah hadir, minggu ini tidak payah hadir. Belajar di rumah. Minggu depan baru hadir ke sekolah.”

Dia mengangguk tanda faham.

Keesokan harinya dia hadir lagi.

“Kenapa awak datang ke sekolah hari ini? Kan cikgu kata jangan datang minggu ini. Minggu depan baru datang.”

Dia hanya tunduk dan diam.

“Hari seterusnya, dia datang sekolah lagi. Saya berasa pelik. Takkanlah dia tak faham-faham. Saya dah jelaskan berkali-kali, malah kawan-kawan diapun suruh jangan datang ke sekolah minggu ini.

“Hari Selasa, giliran saya menjaga kelas waktu rehat. Budak itu penerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

“Saya tengok dia makan nasi lauk kari ayam dengan lahapnya seolah-olah terlalu lapar. Mungkin dia datang ke sekolah setiap hari untuk makan.

“Hari ini hari keempat dia hadir ke sekolah minggu ini. Dan saya tak mahu lagi bertanya. Biarlah dia datang ke sekolah untuk makan,” konsi Cikgu Lynn.

Rupa-rupanya murid itu sanggup hadir ke sekolah semata-maya untuk memakan makanan yang disediakan pihak sekolah.

Untuk rekod sistem penggiliran ke sekolah rendah dan menengah dengan kapasiti kehadiran murid setiap minggu 50 peratus daripada jumlah keseluruhan adalah untuk mengurangkan risiko penularan COVID-19.

Ini bermakna murid perlu mengikut penggiliran ke sekolah dan dalam masa yang sama menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara berselang seli setiap minggu.

Kredit Foto: Sinar Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat