MELAKA – Calon Barisan Nasional (BN) DUN Merlimau Datuk Dr Akmal Saleh merayu semua pengundi di Melaka keluar menunaikan tanggungjawab demokrasi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini.
Seruan Ketua Pemuda Umno itu susulan peratusan keluar mengundi masih rendah setakat ini.
“Saya mohon kepada semua pengundi yang belum mengundi agar keluar menunaikan tanggungjawab anda.
“Setakat ini, peratusan keluar mengundi masih rendah. Setiap undi boleh memberi kesan kepada keputusan akhir.
“Kami sudah berusaha sehabis baik. Kini, keputusan di tangan anda semua,” katanya.



