Jangan Sombong Tapi Patahkan Hujah Antivaksin Dengan Kajian Saintifik, Anwar Beritahu KJ

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan supaya Kementerian Kesihatan (KKM) dan kerajaan bertindak dengan mematahkan hujah saintifik kumpulan antivaksin dengan kertas kajian saintifik yang kuat bukannya memilih jalan menghukum.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) tegas menyatakan bahawa cara Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mahu menggunakan jalan undang-undang untuk memberi tekanan kepada golongan menolak vaksin ini sebagai tidak kena cara dan ‘sombong’.

“Jangan pakai dok fikir nak hukum, hukum. Ini cara orang sombong yang kita tak boleh terima. Kita kena ada kertas kajian saintifik yang kuat.

“Saya tak setuju pemikiran menteri ini (Khairy) dia kira nak dakwa orang saja , dia tak fikir orang pun nak dakwa dia. Tak kena cara ugutan seperti itu, saya tak setuju,” kata Anwar di Serendah, pada Ahad.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang sebaliknya mencadangkan supaya kelompok antivaksin ini didekati dengan kaedah memujuk, merayu dan memberi penerangan kerana beliau percaya lama kelamaan mereka akan menerima dan sedar tentang manfaat vaksin adalah pelindung terbaik daripada jangkitan COVID-19.

“Selesaikan dulu yang mahu terima vaksin, yang sedikit (antivaksin) itu kita harus dekati mereka dan cuba memberi penerangan.

“…tidak mudah tapi undang-undang tidak menyatakan mereka salah jadi macam mana kita nak buat tekanan dalam keadaan undang-undang kata dia (antivaksin) tak salah.

” Selain itu memberi jawapan kerana kumpulan antivaksin saya tidak sokong tapi kadang-kadang hujah mereka kuat juga, jadi kita jawab dengan hujah, dia bagi saintifik papers kita bawa hujah saintifik yang lebih kredible, lebih kuat untuk mematahkan hujah dia,” ujar Anwar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat