Pasport Najib Dipulangkan Sementara, Lawat Anak Bersalin Di Singapura

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara bermula 20 Oktober sehingga 22 November ini.

Ia bagi membolehkan bekas Perdana Menteri itu melawat anak perempuannya Nooryana Najwa yang kini berada di Singapura dan bakal melahirkan anak kedua pada November ini.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Seri Kamaludin Md Said membenarkan permohonan pelepasan pasport berkenaan dan ia tidak dibantah pihak pendakwaan.

Kamaluddin berkata, mahkamah membenarkan permohonan itu selepas mendapati terdapat alasan yang munasabah.

Jumaat lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor supaya pasportnya dikembalikan sementara bagi membolehkan beliau ke Singapura.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan membenarkan permohonan itu dengan menetapkan syarat pasport perlu dikembalikan pada atau sebelum 6 Disember 2021.

Mohamed Zaini, berkata pemohon (Rosmah) hanya boleh keluar Singapura mulai 22 Oktober dan mesti pulang ke Malaysia pada atau sebelum 21 November 2021.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat