Angkasawan China Selamat Kembali Ke Bumi Selepas 90 Hari

- Advertisement -

BEIJING: Angkasawan China akhirnya kembali ke bumi hari ini selepas 90 hari, iaitu tempoh paling panjang melengkapkan misi negara itu dalam usaha Beijing menjadi kuasa utama dalam industri angkasa.

Payung terjun yang membawa kapsul dinaiki tiga angkasawan itu mendarat di gurun Gobi pada jam 1.35 tengah hari waktu tempatan.

Misi itu diketuai juruterbang tentera udara Tentera Pembebasan Rakyat, Nie Haisheng yang sebelum ini pernah menyertai dua misi angkasa.

Turut menyertai beliau ialah pasukan tentera Liu Boming dan Tang Hongbo.

Melalui laporan stesen penyiar rasmi, CCTB, semua krew pesawat Shenzhou-12 berada dalam keadaan yang baik walaupun tiga bulan berada di angkasa.

Rakaman secara langsung menunjukkan krew perubatan dan kakitangan sokongan yang menaiki helikopter bergegas ke lokasi kejadian di gurun Gobi.

Menurut Ketua Pereka Projek Angkasa China, angkasawan negara itu yang digelar ‘taikonauts’ akan menjalani kuarantin selama 14 hari sebelum boleh pulang ke rumah berikutan sistem imunisasi mereka dikhuatiri lemah selepas misi panjang itu.

Misi itu adalah sebahagian daripada program angkasa China yang giat dipromosikan, di mana ia menyaksikan pasukan negara itu mendarat di Marikh, selain menjalani penyelidikan di bulan.

Pelancaran misi krew Beijing ini adalah yang pertama kali dalam tempoh lima tahun, bagi meraikan ulang tahun ke-100 Parti Komunis yang memerintah pada 1 Julai lalu dan adalah kemuncak kempen propaganda mereka.

Krew dilaporkan tinggal selama 90 hari di stesen angkasa Tiangong dengan melakukan perjalanan di sana selain eksperimen saintifik.

Menurut penganalisis bebas di program angkasa China, GoTaikonauts, Chen Lan, kejayaan menyelesaikan misi ini akan membuka jalan bagi pelaksanaan misi lebih kerap masa depan, sekali gus boleh memanfaatkan ruang angkasa China dengan baik.

Agensi Angkasa China merancang untuk melancarkan 11 misi sebelum hujung tahun depan termasuk tiga lagi misi yang akan menghantar dua modul makmal untuk mengembangkan stesen angkasa China seberat 70 tan itu.

– Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat