PH Janji Sambung Siasat LCS Jika Dapat Semula Mandat Rakyat

- Advertisement -

CYBERJAYA: Pakatan Harapan (PH) berjanji akan menyambung kembali siasatan berhubung Kapal Tempur Pesisir (LCS) yang telah dihentikan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN).

Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fazil berkata, siasatan itu akan dilakukan sekiranya rakyat memberikan semula mandat kepada gabungan itu untuk menjadi kerajaan.

“Kami, Pakatan Harapan, berjanji akan menyambung kembali siasatan yang telah dihentikan oleh kerajaan PN dan BN selepas kami dijatuhkan, jika rakyat memberikan mandat semula kepada kami dalam pilihan raya umum akan datang.

“Kita juga akan melaksanakan segala strategi yang dikemukakan melalui Kertas Putih Pertahanan yang telah dibentangkan sebelum ini,” katanya dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini.

Turut hadir dalam sidang media berkenan ialah Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) Khalid Samad serta Setiausaha Publisiti DAP Teo Nie Ching.

Selain itu, ahli parlimen Lembah Pantai itu berkata, PH juga akan memastikan warga tentera mendapat layanan terbaik dan dibekalkan dengan kelengkapan bersesuaian dan terbaik untuk menjalankan tugas untuk negara.

Ini kerana, beliau mendakwa kepimpinan Umno sebelum ini melayan warga tentera secara ‘take it or leave it’ apabila berkaitan kelengkapan ketenteraan.

“Kami kesal sikap kepimpinan Umno sebelum ini yang melayan tentera secara ‘take it or leave it’ apabila mereka memesan kelengkapan ketenteraan tanpa mengambil kira keperluan penggunanya iaitu anggota tentera kita.

“Yang dipentingkan adalah mendapat
projek untuk kroni mereka bukannya memenuhi keperluan tentera kita,” ujar Fahmi lagi.

Bousted Naval Shipyard (BNS) mula menghantar surat berkaitan projek LCS pada 8 Julai 2010 kepada Menteri Pertahanan ketika itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pada 2011, surat anugerah projek (letter of award) bernilai RM9 bilion diberi kepada BNS untuk membina enam buah
LCS. Kontrak berkaitan projek itu kemudian hanya ditandatangani pada 2014.

Tarikh serahan kapal LCS 1 sepatutnya dibuat pada April 2019 namun disebabkan projek tersebut hanya siap 44 peratus dan antara lainnya ia dibekukan, maka tiada serahan dibuat meskipun sejumlah RM6 bilion telah dibelanjakan kerajaan.

Projek ini kemudian disiasat oleh Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) serta Jawatankuasa Kewangan Negara (PAC).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat