Coronavirus: CEO Facebook Kritik Donald Trump

- Advertisement -

AMERIKA SYARIKAT: Mark Zuckerberg antara personaliti terkenal dan ketua organisasi media yang jarang mengkritik Presiden Donald Trump walaupun Presiden itu sering mengeluarkan kenyataan kontroversi di platform kendaliannya, Facebook.

Keadaan itu bagaimanapun berubah semalam

Dalam satu kenyataan ke atas Presiden Donald Trump yang disifatkan sebagai luar biasa, Zuckerberg mengkritik Presiden dan pentadbirannya berhubung tindak balas kerajaan persekutuan terhadap wabak coronavirus di negara tersebut.

Kritikan ini dibuat Mark semasa menemubual Dr. Anthony Fauci, pakar penyakit berjangkit terkemuka di Amerika pada Khamis dan menyalahkan kerajaan kerana tindakan mereka yang berlawanan dengan nasihat pakar.

“Saya fikir bahawa itu (pandemik) dapat dielakkan dan sangat mengecewakan kita masih tidak mempunyai ujian yang mencukupi, bahawa kredibiliti saintis terkemuka seperti anda dan CDC sedang dilemahkan dan sehingga baru-baru ini, pentadbiran masih lagi mempersoalkan sama ada rakyat harus mengikuti amalan terbaik asas seperti memakai topeng, “kata Zuckerberg.

Amerika Syarikat menghadapi rekod jangkitan koronavirus baru setiap hari. Walaupun banyak negara lain turut bergelut untuk menyekat penularan penyakit ini, kadar jangkitan di Amerika Syarikat adalah sangat tinggi.

“Kerajaan dan pentadbiran kita kurang efektif dalam menangani hal ini,” kata Zuckerberg.

Dalam temubual itu, Fauci menjelaskan kepada Zuckerberg bahawa beberapa negeri membuka sektor ekonomi mereka terlalu awal, malah melangkau garis panduan mereka sendiri untuk pembukaan semula serta mengabaikan nasihat pakar. Beliau mengatakan bahawa negara-negara lain mengikuti protokol dengan betul untuk pembukaan semula dengan selamat, tetapi sebilangan rakyat Amerika “keluar dari perintah berkurung dan bebas seperti angin”. Fauci turut mengatakan bahawa Amerika Syarikat secara keseluruhan tidak boleh membiarkan jangkitan coronavirus mencecah ke kadar yang tidak munasabah, yang memungkinkan jangkitan tidak dapat dikawal lagi.

Itulah resipi untuk menghadapi masalah,” kata Fauci.

Zuckerberg memuji Fauci, yang telah dikritik (dari luar dan dalam) oleh pentadbiran Trump atas kepemimpinannya dalam mengarahkan tindak balas terhadap wabak tersebut. Tetapi Zuckerberg mengatakan Fauci mengelak dari memberikan penjelasannya mengenai kejahilan kerajaan dan arahan untuk tidak mematuhi nasihat saintis terbaik dalam menguruskan isu ini.

“Anda mungkin cukup murah hati (mengelak dari mengkritik kerajaan) dalam keterangan anda mengenai respons kerajaan ini,” kata Zuckerberg.

Kritikan Zuckerberg terhadap pentadbiran Trump ini sangat mendapat perhatian kerana dia telah banyak kali dianggap bersekongkol dengan Trump. Misalnya, ketika Facebook menolak untuk membuang atau menanda (flag) pernyataan kontroversi, kebencian, mengelirukan dan palsu oleh Trump, keranabZuckerberg berpendapat ia masih perlu untuk kepentingan umum.

Setelah Trump memuatnaik status “Ketika penjarahan bermula, tembakan pun bermula” – mengulas tindakan polis terhadap penunjuk perasaan yang membantah kematian George Flyod, Twitter mengatakan tulisan itu melanggar peraturannya, tetapi Facebook tidak melakukan perkara yang sama.

Ini menyebabkan lebih dari 140 saintis yang telah menerima dana dan sokongan dari Inisiatif Chan Zuckerberg – inisiatif tanpa keuntungan yang dibiayai oleh Mark Zuckerberg dan isterinya Priscilla Chan – menulis surat terbuka kepada Zuckerberg, mendesaknya untuk “mempertimbangkan kebijakan yang lebih ketat mengenai maklumat salah dan bahasa berbaur hasutan.”

Keputusan Zuckerberg untuk membiarkan hantaran Trump tersebut telah mengenepikan banyak pekerja syarikat itu juga. Bulan lalu, sebilangan pekerja Facebook mengadakan protes maya kerana membantah keputusan Zuckerberg mengekalkan posting tersebut.

Malah seorang daripada mereka yang turut meletakkan jawatan pada bulan Jun, memberitahu CNN Business bahawa dia bimbang Facebook akan digunakan untuk meningkatkan lagi keganasan di Amerika Syarikat.

Sebagai tindak balas, Zuckerberg dan Chan mengatakan pada bulan Jun bahawa mereka “muak” dengan kenyataan Trump mengenai tunjuk perasaan di seluruh negara terhadap ketidakadilan kaum – CNN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat