Bekas PPBM Pro Mahathir Timbang Tanding Lawan PKR, BN Di PRK Slim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung PPBM (Bersatu), Datuk Marzuki Yahya berkata kumpulannya yang setia kepada Tun Dr Mahathir Mohamad akan menimbang cadangan bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Slim, Perak.

Memetik laporan Malaysiakini, Marzuki berkata mereka tidak menolak kemungkinan meletakkan calon bertanding di PRK itu walaupun terpaksa bertembung dengan PKR jika keadaan memerlukan.

“Kami belum buat keputusan lagi buat masa ini tetapi ada juga cadangan untuk kami letakkan calon.

“Tapi perkara ni kita akan bincang juga dengan rakan-rakan PH dan kami rasa terlalu awal untuk buat sebarang pengumuman,” kata Marzuki, yang juga bekas Menteri Luar kerajaan PH.

Terdahulu, Pengerusi PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak mengumumkan bahawa parti itu akan meletakkan calonnya bagi menentang BN dalam PRK tersebut.

Dalam pada itu, Marzuki menjelaskan pihaknya sedia berbincang dengan PKR namun menegaskan kumpulan bekas PPBM pro Dr Mahathir itu kini adalah blok Bebas yang tidak terikat dengan Pakatan Harapan (PH).

Katanya, dalam perbincangan itu nanti mereka akan membuat penilaian sebelum membuat keputusan muktamad berkaitan perkara itu.

“Kalau mereka (PKR dan PH) masih nak letakkan calon dan kita nak letakkan calon, kita lawanlah walaupun sama-sama pembangkang,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, dipetik dari laporan sama, Marzuki menjelaskan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu, kerusi DUN Slim diperuntukkan kepada PPBM dan bukannya PKR.

Beliau turut mempersoalkan pendirian PKR yang sebelum ini tidak bertanding di PRK Chini namun berminat pula bertanding di PRK DUN Slim.

“Dalam PRK Chini, kerusi itu sepatutnya untuk PKR tapi mengapa PKR tak bertanding?

“Tiba-tiba di Slim ni PKR nak bertanding… terlalu awal buat keputusan nak bertanding,” katanya.

Pada PRU14 lalu, DUN Slim dimenangi calon BN, Allahyarham Datuk Khusairi Abdul Talib dengan majoriti 2,183 undi menewaskan calon PPBM yang bertanding atas logo PKR dan calon PAS.

Allahyarham Khusairi meninggal dunia pada 15 Julai lalu di Hospital Bentong, Pahang dipercayai akibat serangan penyakit jantung. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat