“Serah Senjata, Dapat Dua Ekor Lembu”

- Advertisement -

NIGERIA: Pihak berkuasa Zamfara di bahagian barat laut Nigeria, telah menawarkan dua ekor lembu untuk setiap senapang yang diserah untuk menghentikan serangan berdarah oleh kumpulan penjenayah, termasuk pencuri lembu.

Komuniti terpencil di rantau ini, selama bertahun-tahun dihantui pembunuhan dan penculikan oleh kumpulan bersenjata bermotosikal. Operasi ketenteraan gagal mengakhiri pembunuhan itu dan pegawai tempatan telah berulang kali mencuba rundingan untuk mewujudkan perdamaian.

Gabenor Zamfara Bello Matawalle pada hari Khamis mengatakan bahawa di bawah inisiatif baru ini, untuk setiap senapang yang diserahkan oleh penjahat yang menyerah diri, akan ada pampasan untuk dua ekor lembu”.

Matawalle mengatakan bahawa tawaran berbentuk binatang ternakan tersebut bertujuan untuk meyakinkan para penjenayah, yang dikenal sebagai “penyamun” itu, untuk melucutkan senjata tanpa pembayaran tunai yang nanti boleh digunakan untuk membeli lebih banyak senjata.

Tidak ada kepastiann apakah rancangan itu cukup untuk meyakinkan penjenayah untuk meninggalkan kegiatan jenayah mereka. Rusuhan di barat laut Nigeria, yang menurut para pakar disebabkan oleh jumlah penduduk yang terlalu banyak dan perubahan iklim, telah menyaksikan kira-kira 8.000 orang terbunuh dan 200.000 lagi meninggalkan rumah mereka sejak 2011.

Presiden Muhammadu Buhari telah berjanji untuk mengakhiri pembunuhan tersebut berikutan peningkatan serangan di negara jiran Katsina. Penjenayah, terutama yang berasal dari kumpulan etnik Fulani, telah lama bergantung pada penggembalaan lembu.

Kumpulan pertahanan diri yang ditubuhkan oleh masyarakat tempatan untuk membela mereka, telah dituduh melakukan pembunuhan di luar undang-undang yang menambah jumlah pembunuhan – Al Jazeera

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat