Tajuddin Tak Layak Jadi Duta Ke Indonesia – MUDA

KUALA LUMPUR 12 MAC 2018. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman di sidang media sempena mesyuarat bersama pengeksport daging kerbau daripada India di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang, Jalan Sultan Salahuddin. NSTP/SALHANI IBRAHIM

KUALA LUMPUR- Malaysia wajar diwakili oleh individu yang berintegriti dan diplomatik dan yang berkebolehan dalam mewakili kepentingan negara kita di Indonesia.

Adalah sangat jelas bahawa individu tersebut bukanlah Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, tegas Naib Presiden MUDA, Dr Thanussha F. Xavier.

“Pelantikan wakil rakyat Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman sebagai duta ke Indonesia membawa kembali budaya melantik ahli politik sebagai duta ke luar negara.

“Pelantikan Tajuddin adalah sangat mengecewakan terutamanya kerana beliau baru sahaja dipecat sebagai pengerusi Prasarana berikutan pengendalian tragedi perlanggaran LRT yang langsung tidak profesional,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurut Thanussha, kenyataan ‘first thing in the morning’ beliau telah mengundang kecaman rakyat kerana langsung tidak mengutamakan kepentingan penumpang LRT yang terlibat dalam kemalangan.

“Adakah tabiat ‘first thing in the morning’ beliau juga akan dibawa ke Indonesia sewaktu pelaksanaan tanggung jawab beliau sebagai duta? Soal beliau.

Dalam pada itu kata Thanussha lagi, MUDA sendiri telah mendedahkan skandal Tajuddin yang membabitkan pampasan kira-kira RM80 juta yang turut melibatkan keluarga Tajuddin.

“Keluarga Tajuddin mempunyai pegangan efektif 19.6 peratus dalam projek Latitud 8 di Dang Wangi.

“Indonesia merupakan negara jiran dan sekutu penting Malaysia dalam kepentingan serantau dan juga dalam perkembangan ekonomi.
Malaysia wajar diwakili oleh individu yang berintegriti dan diplomatik dan yang berkebolehan dalam mewakili kepentingan negara kita di Indonesia,” kata beliau.

Semalam Tajuddin mengesahkan pelantikannya sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia yang berpangkalan di Jakarta.