Pemilihan PKR Kecoh Calon Dakwa Ada Penipuan, JPP Beri Jaminan Akan Siasat

- Advertisement -

CYBERJAYA – Pihak Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR memberi jaminan akan membuat siasatan sebaiknya dalam setiap aduan yang diterima selepas berakhirnya proses pengundian secara fizikal Pemilihan PKR 2022 peringkat Negeri Sembilan, semalam.

Memetik laporan Utusan, Koordinator JPP PKR negeri, Bahrom Abu Bakar berkata, semua aduan tersebut diberi perhatian sebaiknya bagi diambil tindakan dan keputusan sewajarnya.

“Pihak atasan JPP akan membuat siasatan dengan sebaiknya di atas semua aduan yang diterima. Keputusan dan tindakan terbaik akan dibuat,” katanya.

Semalam, proses pengundian secara fizikal bagi cabang Port Dickson yang diadakan di Dewan Bandar Springhill, Port Dickson dilanda kekecohan selepas tiga daripada empat calon ketua cabang mendesak supaya proses pengundian itu dibatalkan.

Mereka mendakwa Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun yang juga calon Ketua Cabang Port Dickson telah memanipulasi pemilihan itu dan menyalahgunakan kuasa.

“Saya nampak pemilihan kali ini berlaku satu penipuan dan memanipulasi terhadap undian.

“Kita dari parti Keadilan, sepatutnya elakkan berlaku perkara ketidakadilan. Pengarah JPP, tolong ambil perhatian terhadap bantahan dilakukan,” kata salah seorang calon Ketua Cabang PKR Port Dickson, Datuk Halim Khomiza, dipetik dari laporan Sinar.

Ekoran kekecohan yang berlaku, pasukan polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa dipanggil bagi mengawal keadaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat