Majikan culas buat saringan COVID-19 boleh didenda

- Advertisement -

KANGAR: Majikan yang didapati culas atau enggan melaksanakan saringan kesihatan COVID-19 kepada pekerja mereka boleh didenda dan dipenjara.

Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Perlis, Iskandar Jassa, berkata saringan kesihatan COVID-19 adalah penting terutama kepada majikan yang menggajikan pekerja warga asing kerana ditakuti penularan pandemik COVID-19 berleluasa dalam kalangan pekerja seperti berlaku di beberapa premis pekerjaan di negara ini.

“Di Perlis, terdapat 563 majikan yang akan kita lawati bagi memastikan peraturan ini dipatuhi dan membabitkan 2,562 pekerja asing.

“Berdasarkan rekod kami, ramai pekerja asing di negeri ini berkhidmat di sektor perkilangan membabitkan pekerja asing warga Vietnam dan Indonesia manakala warga Thailand pula banyak bekerja dalam sektor perikanan di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas mengetuai Operasi Khas ‘Task Force’ Program.

Saringan Kesihatan Covid-19 di sekitar kawasan bandar Kangar dan Kuala Perlis pada, hari ini.

Katanya, operasi berkenaan dijalankan bermula 11 Januari lalu sehingga 28 Januari membabitkan tiga jabatan atau agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia iaitu JTK, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

“Daripada 11 majikan sudah dilawati hari ini, didapati hanya satu majikan sudah melakukan saringan membabitkan 26 pekerjanya.

“Baki 10 majikan yang lain pula didapati, masih belum membuat saringan dengan membabitkan 85 pekerja mereka.

“Jika mengikut peratusan, lebih kurang10 peratus sahaja hari ini yang mematuhi peraturan ini dan kita berharap ramai lagi majikan untuk segera melakukan saringan kesihatan COVID-19. Kita tidak mahu penularan pandemik ini terus menjadi serius dalam kalangan masyarakat di negeri ini,” katanya.

Berdasarkan Peraturan Kawalan dan Pencegahan Penyakit ditetapkan kerajaan, majikan yang menggajikan pekerja wajib membuat saringan kesihatan seperti saringan COVID-19.

Kegagalan untuk mematuhi peraturan berkenaan boleh didenda RM1000 atau dipenjara sehingga enam bukan atau kedua-duanya sekali.

Operasi berkenaan turut dihadiri Pengarah Negeri PERKESO Perlis, Basharudin Khalid.

-BERITA HARIAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat