Usah desak Presiden UMNO ‘berehat’, tunggu pemilihan MKT – Annuar Musa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Meskipun posisinya ‘diganti’ namun bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional, Tan Sri Annuar Musa nampaknya tidak menyimpan dendam malah mengemukakan pandangan bahawa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi patut diberi peluang menamatkan tempoh perkhidmatan sebagai Presiden parti mengikut peraturan.

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh menyatakan pandangan tersebut di sebalik beberapa cadangan yang mahukan Ahmad Zahid ‘berehat’ daripada jawatan Presiden UMNO.

Beliau berkata, pemilihan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) akan berlangsung pada tahun ini, justeru biarlah proses berjalan seperti biasa.

“Apa pun tahun 2021 ini tahun pemilihan MKT. Biarlah proses biasa dalam parti berjalan.

“Sementara itu sama sama berusahalah perbaiki keadaan parti,” ciap Annuar di Twitter, hari ini.

Baru-baru ini beberapa pihak menggesa Ahmad Zahid ‘berehat’ daripada jawatan Presiden parti.

Antara yang membuat gesaan itu Ketua Pemuda UMNO Pontian, Helmi Buang yang mahu Ahmad Zahid ‘berehat’ secara terhormat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat