PAS tapis semua usul sebelum bincang di muktamar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Semua usul yang diangkat kepada PAS Pusat akan ditapis oleh Jawatankuasa Penapis Usul yang telah dilantik oleh PAS Pusat sama ada ia sesuai dibincangkan pada Muktamar PAS yang bakal berlangsung di Shah Alam, Selangor pada 22 hingga 24 November nanti.

Naib Presidennya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata,PAS akan menapis dan menilai terlebih dahulu setiap usul sebelum membuat keputusan sama ada ia sesuai dibincangkan pada muktamar.

Jelas beliau, perkara tersebut akan dilakukan oleh Jawatankuasa Penapis Usul yang telah dilantik oleh PAS Pusat.

“Semua usul yang diangkat kepada PAS Pusat akan ditapis oleh jawatankuasa ini. Mungkin diterima, mungkin ditolak. Ada yang diterima tanpa bahas dan ada juga diterima dengan perbahasan.

“Semua ini kita belum tahu lagi setakat ini. Biasanya keputusan Jawatankuasa Penapis Usul ini akan dibentangkan lebih dahulu dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat,” lapor Utusan di Kelantan pada Selasa.

Tambahnya, setakat ini Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat masih belum berjalan dan pihaknya tidak dimaklumkan mengenai usul-usul yang sudah diputuskan untuk dibahas atau sebaliknya pada Muktamar nanti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panchor itu memberitahu, PAS Kelantan tidak membawa sebarang usul ke Muktamar pada kali ini.

Media sebelum ini, melaporkan lima jawatan tertinggi Pas iaitu presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden tidak akan dipertandingkan pada Muktamar Tahunan Ke-69.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata ini kerana hanya ada masing-masing satu pencalonan untuk jawatan presiden dan timbalan presiden manakala satu daripada empat calon naib presiden menarik diri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat